6.11.09

Campak rindu jauh- jauh, nyalakan rokok dan senyumkan senyuman paling hiba.


Semua, dia kata, apa yang ada di dunia ada yang berlawanannya. Sengaja Tuhan ciptakan untuk saling melengkapkan.


Maka, bila masa sahaja aku sedih, kamu akan mainkan aku lagu pop rancak. Dengan senyuman kamu macam bidadari itu, mudah sahaja aku tersenyum kembali dan lupakan yang hiba- hiba.

Dan, bila masa aku gembira, kamu akan mainkan lagu sedih, yang perlahan dan yang tenang. Supaya bila- bila lagu- lagu sedih kedengaran, aku akan terkenang masa- masa kami gembira.

Dahulu, waktu kita duduk bawah pokok berdua, waktu malam itu kita pandang langit penuh bintang dan tersenyum, ketawa dan bergembira macam budak kecil. Sambil itu kita mainkan Deeper Conversation. Dengan suara kamu yang sungguh merdu, aku rasakan hidup aku sudah lengkap selengkap lengkapnya.

Itu dulu.

Sekarang, setiap kali aku dengarkan Deeper Conversation, aku akan berbaring di atas katil, tekapkan muka aku dengan bantal dan tutupkan mata. Dan, perlahan- lahan aku akan menangis.

Sejak kamu sudah tiada. Semenjak kamu hilang dari hidup aku selama- lamanya.

Petikan gitar malam- malam aku sumbang tanpa iringan bass kamu.

4.11.09

hujan


hujan.
hujan.
hujan.
hujan.
dan hujan lagi.
langit terus menghujan.
bumi terus membasah dengan hujan.

si kecil itu.
terus lari-lari bersama hujan.

aku?
tidur semasa hujan.

hahahaha.

28.10.09

Selamat tinggal, hari- hari yang cerah.




Budak kecil itu melongo lihat Bulan pertama kalinya. Sungguh indah terpesona dia dibuatnya. Bulat cerah membara Bulan itu, katanya. Cantik, comel macam guli. Dia mahu, mahu, mahu pegang, peluk, cium, mimpi bersama Bulan itu.


Sungguh terharu sungguh Bulan. Maka Bulan pun turun ke Bumi, lalu berjanji sehidup bernafas semati sekujur dengan budak kecil itu. Saban malam berdansa pada lagu cinta. Tiap pagi tersenyum bersarapan roti mentega gula.


Bulan, kawan- kawanku, seperti sudah ketemu teman sejatinya. Maka sebarang frasa indah mahupun aduan ala romantik berbentuk "
adukan pada Bulan", ataupun "Bulan sampaikan pesan aku pada dia", ataupun "oh Bulan, enggan melayan diriku lagi" sudah tidak wujud lagi.

Maka ditinggalkanlah serigala- serigala sesat menyalak pada langit yang kosong. Sang pontianak tak lagi mahu keluar waktu malam, ombak tidak lagi pasang surut, dan langsung sudah tidak ada gerhana cincin yang cantik itu. Oh, juga para mufti pening kepala nak tentukan tarikh hari raya. Dan siapapun tak lagi tersenyum pada Bulan. Nanti dimaki gila pula.


Semuanya meratap pada kaki langit yang hiba, sepi dan sedih.


Akan tetapi Bulan tak sanggup untuk pentingkan diri sendiri. Bulan sedar dirinya penting untuk semua- semua. Jadi Bulan terbit semula ke permukaan langit, tinggalkan budak kecil yang terpinga- pinga hampir menangis. Bulan tak sanggup untuk lukakan hati budak kecil yang masih putih persih. Yang masih naif untuk bermain dengan Cinta.


Maka Bulan kirimkan padanya Bintang- Bintang, supaya tidur malamnya lebih gemerlapan. Supaya budak kecil itu punya teman untuk menari lagu cinta dan bersarapan roti mentega gula. Supaya budak kecil kembali tersenyum ketawa.

Bulan tak akan punya teman. Bulan sedar, janji yang dia buat pada Dewa Maut telah memakan dirinya sendiri. Sang Bulan sendiri yang minta disanjung dipuja, dengan telah meletakkan Cinta sebagai cagarannya.


Dan Bulan disumpah berseorangan di hujung langit, buat selama- lamanya.


26.10.09

seharian di bilik diagnostik

kalau gua nak cerita pasal X-ray.sure lu orang yang pernah patah tulang.tulang sambung besi.nak pergi masuk belajar.nak tengok janin bagi kaum2 ibu.jika ada kaum bapa.*sila baritahu gua cepat-cepat!pernah merasa.

jadi.gua pun duduk lepak kat bilik pengimejan diagnostik baru-baru ni.(tak de la baru sangat).untuk singkatkan lagi cerita.

datang la seorang pesakit ini ke bilik pengimejan diagnostik.macam biasalah lah.lepas daftar.kena tunggu.punya cun-hensem-macho-melawa punya pesakit.

gua mintak dia masuk.buka pakaian.dan sarung dengan jubah yang pihak kerajaan sediakan.kenapa buka?pergi tanya pelajar sains fizik.

lepas 5 minit.gua tanya.dah siap?pesakit itu keluar.

kenapa tak pakai jubah?

gua menjerit histeria!

21.10.09

Dem.

Sekali tu, aku dalam perjalanan pulang ke rumah dan aku terhenti di hadapan tiga tong sampah resaikel yang berwarna-warni.

Aku tak dapat ingat warnanya tapi aku pasti ada tiga tong di situ.

Satu minit dan kemudiannya dua minit berlalu, aku hanya pegun di situ. Berdiri di hadapan mereka dengan riak wajah yang mengharapkan sesuatu.

Tiba-tiba, oh maaf, bukan tiba-tiba. Aku tak mahu cerita aku menjadi terlalu klise dengan perkataan tiba-tiba.

Sebenarnya secara sengaja, aku menjerit pada ketiga-tiga tong sampah resaikel itu. Aku mengeluarkan kata-kata kesat pada tong-tong tersebut. Aku tendang mereka kuat-kuat, ktang-ktang-ktang, satu tendangan buat satu tong.

Aku menunggu tindak balas daripada mereka. Aku menunggu dan menunggu.

Matahari mula bergerak ke barat. Awan mula berarak meninggalkan kepala. Bangla sapu sampah pun sudah beberapa kali ulang-alik di situ. Aku mengeluh panjang.

Sudah dua jam aku berdiri di situ.

"Bodoh!!", aku maki tong sampah bertiga tu.

Aku berasa mellow. Malangnya aku, tong sampah resaikel pun tak pedulikan aku. Malang kan?

Dem aku kata pada mereka. Dan selepas itu aku berlalu pergi. Aku menapak sambil mengira langkahku. Satu-dua-tiga, aku membilang kuat-kuat dengan harapan tong sampah resaikel itu dengar suaraku.

27.9.09

Bodoh.

Pernah, dulu aku katakan;

"cintakan cinta,"

dan kaumati kerananya.

24.9.09

dibobrok-bobrok

sudah susut-surut rasa kau?
sudah jemu-semuh rasa kau?

kalau sekalipun kau dibobrok-bobrok.
kalau sekalipun kau disampah-sampah.
kalau sekali pun kau disepak-sepak.

pedulik apa pada dunia.
mereka tak merasa.

teruskan lah dengan rasa kau.
sampai penat.
hingga tewas.

16.9.09

suratan sial.

'mengkal canggung dalam hati..'
renung redum dada langit,
mendung~

pandang terus ufuk mentari
kelam jauh dalam nubari
tatkala terteka
keberadaan aku untuk apa?

sudah suratnya,
khabar sifatnya hanya menyinggah,
singgah lalu pergi
terus aku menyumpah.

'apa gerangan..?'
sebab kerananya
hati itu sedih tak tertanggung
korban ingatan suratan SIAL

14.9.09

titik.




titik tak semetinya noktah.
titik tak semestinya perlu berhenti.
titik tak sementinya tahi lalat.
titik tak semestinya lorong kecil hitam.
titik tak semstinya imaginasi terlarang kala suram.
titik tak semstinya gabungan para atom.
titik tak semestinya solo.
titik tak semestinya diperhati.

jadi, apa erti titik ?kalakian itu,aku termanggu tunggu kau.
itulah kata bila canda suram.
akal ligat pikir kriminal apa lagi perlu aku titip.
hancus!cilaka apa aku tulis ni.

12.9.09

jiwa balada.akal gila.

sore cumbu pagi.duduk sang pria pesek seorang di hujung horizon terus ke tiang suku nyawa.apa musik itu sudah mati?atau kelongsong jiwa sudah padat berdebu?jiwa racau ikat kacau.sasau di dalam rasau.kararlah dalam mengembari.walau layar sunyi.

15.8.09

Dia bidadari, aku cuma...


Dia seorang Gadis Solitari yang selalu duduk di bangku bawah pokok teduh itu sambil baca buku.

Dia mungkin tak suka diganggu. Jadi aku cuma memerhatikan dia dari jauh.

Dia sangat cantik, tahu? Pernah sekali salji tiba- tiba turun, aku lihat salji mencair di mukanya.

Cantiknya dia. Sangat- sangat. Macam bidadari.

Cuma aku ini yang penakut. Tak berani langsung nak tegur dia. Penakut aku ini.

Clementine. Itu nama dia, kata mak cik yang jual bunga dekat tepi taman itu. Klasik, kan?

Aku perhatikan dia. Selalu. Bila dia bangun. Bila dia duduk. Bila dia ketawa masa baca buku.

Aku perhatikan semuanya. Aku tak pernah jemu. Dia buat aku semacam... bahagia.

Aku rasa tenang bila aku renung muka dia dari jauh. Tenang, sampai lupa segala masalah.

Bila suatu hari itu, dia hilang dari pandangan aku. Sehari. Dua hari. Seminggu. Sebulan.

Bangsat. Aku tunggu. Sabar. Lama gila. Tetapi dia tetap tak datang- datang.

Bidadari yang duduk di bangku sambil baca buku itu sudah tiada. .

9.8.09

Trek terakhir.


Semalam kau berjalan-jalan lagi. Pada asalnya kau hanya mahu melihat ragam manusia yang aneh di kota. Tapi apabila kau menelusur satu jalan yang sibuk, mata kau tertancap pada sebuah kedai yang menjual disk kompak.

Pandangan kau melirik lagi pada kedai itu. Perlahan-lahan kau menghampiri dan terlihat sehelai kertas merah muda tertampal di pintu kedai.

Di atasnya tertulis kemas, "Hari ini, tepat pada pukul 1800, musik akan mati". Bibir kau melebar. Tawa kau terkeluar. Kau bermonolog dalam hati, bertanyakan pada diri sendiri, bagaimana agaknya bila musik mati?

Kau masuk juga kedai itu akhirnya. Dalam diam kau mengutuk pemilik kedai itu kerana mengesyaki dia yang menampal kertas berwarna merah jambu yang tak masuk akal itu.

Wah, kata kau. Album yang kau tunggu-tunggu itu sudah keluar! Oh, akhirnya! Mata kau berhenti meliar, dan tup!, album itu sudah pun kau mainkan di komputer riba kau.

Kau tersenyum puas. Kaki kau menari lembut mengikut irama. Burung-burung pun ikut menari dan bercip-cip girang di luar tingkap.

Dan sebelum trek terakhir dimainkan, kau naikkan lagi volum pada komputer riba kau.

Dan bila saja trek terakhir dimainkan, tiba-tiba dunia sunyi sepi.

Burung berhenti bercip-cip dan trek terakhir tidak kedengaran langsung.

Dan pada waktu itu, kau melihat jam tangan kau.

Jarum panjang di dua belas, jarum pendek di enam.

Dan trek terakhir tidak kedengaran langsung.

Dan kau merasa celaka.

2.8.09

Hujan itu syahdu, tahu?



Z bangun pada pagi itu dengan satu penyesalan yang teramat sangat. Hujan yang turun lebat- selebat- lebatnya seakan meraikan penyesalan Z pada pagi itu.

Z bangkit dan merenung di luar tingkap, merenung setiap titik hujan yang mencurah. Z mula membayangkan yang pelik- pelik di luar norma fikiran manusia. Dengan seluar pendek dan t- shirt Zara lusuh, Z bersila di tepi tingkap, berkata yang kurang waras; ingin dirinya bangkit pada suatu hari menjadi satu titis air hujan yang jatuh melaju dari langit dan menghentam bumi, biar jangka hayat hidupnya yang sekejap itu tak bermakna apa- apa.

Z juga bayangkan hidupnya sebagai sebuah tayar jentera lumba F1 yang dipandu Felipe Massa (Z tidak mahu dipandu Hamilton kerana Z sedikit racist) yang ruang masa hayatnya cuma 48 pusingan. Itukan juga pengistilahan Kehidupan; sekejap di atas, sekejap di bawah. Dalam tempoh masa yang tersangat laju.

Z tidak mahukan apa- apa memori dalam kehidupannya.

Z serik. Z akur. Z pasrah. Hidup Z penuh dengan kenangan silam yang tak bererti dan tak bermakna. Z lahir di dengan sudu perak di dalam mulut. Setiap hujung minggu zaman persekolahan Z bercuti di luar negara. Z dapat kereta pertama pada umur 15 tahun, sebuah Nissan Fairlady. Selepas SPM, Z terbang ke London untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang Z minati, fesyen. Pada umur 24 tahun, Z jadi terkenal seantero dunia dengan jenama pakaian yang dia ciptakan.

Sosial?

Z ada ramai kawan perempuan. Ramai. Sangat ramai. Z ada ramai kawan lelaki. Ramai. Sangat ramai. Tapi Z bukan orang bodoh. Z tahu setiap inci niat sesiapa yang berkawan dengannya, maka Z tidak dibelenggu dengan masalah 'gejala sosial' yang selalu diuar- uarkan oleh penceramah bebas, pakar motivasi, guru- guru mahupun mat rempit. Z sangat pandai jaga diri.

Boleh dikatakan, Z hidup dalam dunia yang (hampir) sempurna.

Z cuma kurang (lebih pada tiada) Kasih Sayang. Kenapa Z kurang (lebih pada tiada) Kasih Sayang, Z tidak mahu cerita buat masa sekarang.

Z duduk di balik birai langsir biliknya sehari suntuk memikirkan kenangan- kenangan hidupnya selama 26 tahun, yang bagi Z tak bermakna dan tak bernilai. Z cuma mahukan sebesar kuman sekalipun, Kasih Sayang untuk dirinya. Z sangat- sangat perlukan Kasih Sayang itu. Great Teacher Onizuka pernah berkata, sesiapa yang tersangkut dalam masa lampau, tak akan dapat menikmati masa depannya.

Ya, Z agak cerewet dalam menilai erti Kasih Sayang.

Maka lewat senja hari itu, Z mengambil satu keputusan yang drastik. Z mahu ambil nyawa sendiri atas sebab- sebab peribadi yang terlalu rumit untuk diceritakan. Z sediakan sebotol pil tidur dan segelas air. Z mula telan sebiji sambil teringatkan ibu bapanya. Z telan dua biji sambil teringatkan pelan lukisan baju terbarunya. Z telan 3 biji sambil teringatkan langit pagi tadi yang hujan. Z telan lagi dan lagi dan lagi sambil teringatkan apa- apa yang perlu diingati.

Bila reaksi pil mula memberi kesan pada badan Z, Z dengan lagak tenang berbaring di atas katilnya. Pada masa ini berlaku sesuatu yang klisé. Z teringat satu janji yang dia pernah katakan pada seorang Bidadari yang dia jumpa di pasar malam 3 tahun dahulu.

Janji yang menjanjikan Kasih Sayang.

Tetapi semuanya sudah terlambat. Z mula rasakan badannya lesu yang amat. Z tutup mata perlahan- lahan dengan hati yang tidak rela. Z ubah keputusan tidak mahu mati dalam keadaan sedang-mati. Penyesalan atas keputusan yang Z lakukan tersangat menghimpit dada Z yang sudahlah sedang sesak nafas. Z mati dalam keadaan yang tidak rela. Sesal- sesesal- sesalnya.

Disebabkan perasaan tidak rela itu, Z bangun pada pagi berikutnya dengan satu penyesalan yang teramat sangat. Hujan yang turun lebat- selebat- lebatnya seakan meraikan penyesalan Z pada pagi itu.

Z bangkit dan merenung di luar tingkap...

18.7.09


Nia bangun pada pagi itu seperti hari- hari kebiasaannya. Cuma pada pagi itu dia (hampir) mati oleh terkejut, kerana mendapati bayang- bayangnya tidak wujud di dalam cermin yang dia sedang berhadapan.

Nia menjerit sekuat hati pada mulanya, berlari keluar dari tandas sambil menghempas pintunya sepenuh tenaga, terduduk, menangis, menangis dan menangis.

Nia cuba- cuba ingatkan kemana bayangnya pergi melarikan diri. Tanpa bayangnya, mustahil dia akan tahu jika baju Columbia dia padan dengan Bvlgari Diagono peraknya? Ataupun gaun ropos- ropos baldu Madeleine Vionnet klasik itu kena dengan cuaca di luar? Atau serabut mana rambutnya yang bagai-ditiup-angin-berarak selepas bangun tidur itu? Satu- persatu difikirkan Nia, apa lagi masalah yang timbul tanpa kewujudan bayangnya. Sambil menangis, ya.

Nia duduk diam- diam tepi katilnya, nyalakan sebatang rokok dan lapkan air mata yang masih bersisa. Nia kumpulkan kudrat segala yang termaha dalam dirinya. Sambil- sambil Nia cuba membuat dirinya nampak tabah, Nia susun memori dia pada malam sebelum itu, dan juga malam- malam sebelumnya, jika ada apa- apa tindakan tidak munasabah yang Nia telah lakukan sampai bayangnya merajuk melarikan diri.

Tarik nafas dalam- dalam dan Nia mula berfikir diam- diam.

Hampir tertumpah lagi air mata Nia apabila dia langsung tidak ingat apa- apa tentang apa- apa yang telah terjadi. Apa yang tersurih dalam ruangan terakhir memori Nia pada malam sebelum itu, dan malam- malam sebelumnya, Nia sedang minum- minum di bar, dan kemudiannya, Nia bangun dengan bayangnya yang telah tiada.

Nia langsung tidak ingat pada malam sebelum itu dia telah berjudi dengan Dewa Maut, mempertaruhkan bayangnya, dan kalah (dengan teruk).

5.7.09

racau.

tofan gila sentiasa gelora.meredah dan menjerit luka.tanah yang lenggang masih terbelah-belah.dataran gersang dan gunung-ganang berdegup seirama dengan hati.

mengira-ngira usia lalu dan tersisa.berkali-kali sebentar terteka.sedikit terkesan.
masih meracau-racau erti gemilang.masih terkocak-kocak erti bahagia.

mana hilangnya si perindu alam.barangkali bayang-bayang serlah sinarnya ditindih bayang derita nan pekat.terdera anak-anak mega dalam gempa dan garau.

dan suara itu masih sentiasa ragu calar balar dan palsu dalam keyakinan.bertanya-tanya.bila erti wajah damai akan pulang.

29.6.09

D; 23hb Jun 2009 pukul 7.48 pagi



Alangkah bagusnya penglihatan
warna warni kiri kanan


Alangkah terangnya tak dituntun
warna warni berpalun-palun


Alangkah singkatnya hari
tadi malam sudah pagi

9.6.09

atas nama surau.

Pada sebuah surau yang dibina di atas nama gotong-royong, berdiri para mukmin, fasik, munafik, zalim, zindik dan segala manusia yang mengaku dirinya beriman.

Di atas nama persaudraan dalam islam, lalu berkumpul dan berpisah mereka kemudian berkumpul lagi lalu berpisah lagi.

Begitulah seolah-olah kemestian setiap Jumaat atau hari-hari kebesaran.

7.6.09

Ini dunia, bukan tempat suci.

Megat berteleku atas kulit beruang bawah senja merah pekat dan hujan darah.

Ini safari kebinatangan.

Ke kiri dan ke kanan mata Megat berlingkar. Menancap pandangan pada yang abstrak dan konkrit. Sekilas jelingan mata Megat memutus-duakan naluri memburu Kugar lewat hujung safari. Melaparlah Kugar itu demikian malam.

Kemudian Megat libaskan lagi, jelingan pada burung unta di semak kering kekuningan tempat matahari berlabuh. Terperanjat burung unta, lantas disodokkan kepalanya dalam tanah. Megat leburkan Burung Unta itu dengan pancaran laser oren dari matanya. Lupus. Yang penakut, tak mungkin dapat hidup di sini.

Megat benci Zirafah. Terlampau. Lidah penjilat panjang, dengan ketinggian yang buat Zirafah sangat bongkak. Megat pandukan pandangannya pada mana- mana Zirafah yang dapat dia temukan. Zirafah panjang akal, macam lehernya. Zirafah tawarkan pada Megat rasa hormat dan bersumpah menjadi pemerhatinya (sungguh pasti) untuk awasi penyelewangan, salah laku, pengkhianatan mana- mana masyarakat safari ini.

Ass- licker. Megat lenyekkan Zirafah di situ juga.


**************************


Dari jauh harimau kumbang lihat Megat.

Megat yang asyik dengan kuasanya.
Megat yang mabuk dengan takhtanya.
Megat yang angkuh bawah senja merah pekat.

Dan hujan darah.

Telah lama harimau kumbang berkira- kira. Segenggam janji manis digaul ke dalam periuk hati warga safari. Secubit rasuah untuk meleburkan hati- hati yang masih liat. Dan fitnah pada Megat digaul secukup rasa. Biar naik aroma kebencian pada Megat derhaka.

Tiba giliran untuk harimau kumbang bersila atas kulit beruang. Sambil- sambil meratah sisa jasad Megat.

Bawah senja merah pekat dan hujan darah.

Dalam safari kebinatangan.

31.5.09

Mata, celaka kamu!

Kamu masih di sirkulasi. Tersenyum bersama teman-teman.

Tangan kanan memegang jaket polister hitam dan tangan kiri mengenggam beg sandang.

Aku, di balik tembok, mencari telefon awam. Kataku mahu bertanya khabar abang.
Sebenarnya, aku melihat kamu.

Berhentilah tersenyum wahai kamu. Kamu, berhentilah tersenyum.

Bukan mungkin. Pasti.

Dengan seluar tiga suku, dipadankan jersi Chelsea-Siam-Mari, bawah lampu oren jalan. Atas meja kedai mamak, sebatang rokok Surya di celah tangan kiri, dan sebatang pen Kilometriko hasil rembat kawan sebilik.

Sehelai tisu. Dua helai tisu. Dan terus menjadi tiga.

Lan menulis penuh estatik. Campurkan sedikit unsur epik. Gubahkan ayat- ayat jadi unik. Yang berirama satu sama lain. Sambil- sambil minum teh O ais kurang manis. Mana boleh dibiarkan ide yang turun dari langit masa tengok bola diseling sembang politik, dibiarkan sebegitu sahaja. Lan berjiwa penulis sejati.

Tulis, dengan penuh ghairah dan vivid.

Lan tulis lagi, penuh cekal. Tak ada kertas, tisu pun boleh. Asalkan ide yang datang tak dibiarkan menghilang macam asap rokok. Lan kerahkan neuron bertindak semaksimum mungkin. Bagai dewa Muse tersenyum sebelah telinga dan bisikkan bait- bait ayat.

Masukkan unsur- unsur skeptik. Dan secubit alasan anarki, di stim dengan falsafah Nietzsche secukup rasa. Biar jadi satu ayat yang mampu meluncur sejarah manusia dan, mungkin, diingati dan dipuja.

"Inilah," Lan kata dengan angkuh dalam hati, "yang dinamakan kreatif."

.........

Lan bangun dan hidupkan EX5. Laju Lan bawa motor balik rumah. Dan Lan tak bayar duit teh O ais tadi. Marah betul dia bila member yang lain kata dia pelik. Tak faham jiwa dia, rungutnya.

23.5.09

ia yang kematian jiwa.

remukan segala kehidupan.
reruntuhan segala nanar.
si anak masih menunggu sang yang berkeroncong.
si anak masih cuba berdendang.
si anak masih cuba menulis di dalam gelap.

hufurnya salah banyak tak kena.

cuma.

si anak tahu.
satu akan si bernama cinta.
agar segala tak kena.
menjadi terus pokta.

biarkan lah beta lepas wahai anak.

masa

mari aku ibaratkan masa untuk kamu;




masa adalah anak- anak yang berlari kecil tapi gegas,

sedang aku adalah badut bermuka jenglot duduk bermalas,

memandang Masa kencang lari, ketawakan aku.

20.5.09

Oh, maaf!



Cinta tidak buta - Ia lebih celik dan tak buta
Tapi kerana ia lebih celik, ia sanggup menjadi buta


19.5.09

Cungapan celaka.

Aku lelah
menjadi pelangi
ribuan dekad sudah
cuba mewarnai

Jadikan aku Hofman;
LSD dan efek psikedelik
trauma setiap hisapan
psikosis illisit bersisik

Oh Tuhan,
aku ungkapkan celaka lagi!

buku simpanan.

sabtu, 2005.usia gua baru cecah tepat 14 tahun.tapi gua ada daya penarek super-hebat.selain, mempunyai suara nyaring-lantang yang mampu menjejaskan industri mikrofon dunia.gua ibarat si-kecil-matang berfikiran tua, usia muda.sepupu-sepupu gua tak putus-putus minta bantuan dari gua.dari tips-tips memakai bedak hingga lah ke cara mengeluarkan duit dari buku simpanan.

jadi.tengahari itu,setelah lelah menyusuri hidup yang penuh berliku.sepupu gua minta gua keluarkan duit dari BANK PERTANIAN.gua tak kesah.kami bertolak menaiki bas REGAL.yang super-tua.dia punya gegar.perggghhh..

sampai depan bank.sepupu gua serahkan buku simpanan dia pada gua.gua senyum bangga.seperti gua ditolak gemelut kuasa politik,ekonomi,sosial,komersialisme,
eksploitasi,korupsi,jenayah,racism hinggalah ke masalah khawin lari.dengan penuh keyakinan.gua terus ke kaunter.

gua : puan, saya nak keluarkan duit dari buku simpanan BANK PERTANIAN ni.


puan : tapi ini BANK SIMPANAN NASIONAL, dek.

waacchhaaa!!!gua karate kaunter bank.sambil disaksikan seribu senyuman mengila dari pelanggan-pelanggan BANK SIMPANAN NASIONAL.

17.5.09

Epik enam detik dibunuh- oleh John

Pulang dari pub, kaki John terlanggar batu. John emo. Angin satu badan.

Apa John buat? Dia ambil batu tadi, baling ke tempat letak kereta mengadap barat daya kepala dia. Bunyi cermin kereta retak, atau pecah. Ah, peduli semua itu, John tak kisah. Ada kedengaran siren kereta bersilih angin berbunyi. Sambil- sambil ada suara orang maki- maki.

John berjalan semula dalam tekanan perasaan. Tekanan emosi. Semua tekanan yang dia sendiri ciptakan. John rasa berjalan bawah lampu oren sambil emo itu cool. Orang pandang dia rasa gerun. Hormat. Rasa nak minta tandatangan. Sambil- sambil hisap His Dearest Pete/Kent, John jalan- jalan sambil bersiul lagu Lelaki yang Jual Dunianya.

Sampai rumah. John masih tertekan. Pandang syiling tak kena, nak duduk tak seronok, nak mandi rasa lapar. Macam- macam yang John fikir. Mungkin apa yang John fikir macam ini;

Politik negara polis yang korup yang sebabkan ekonomi dunia terakibat dan jadi songsang lalu sebabkan harga minyak naik seterusnya melonjakkan harga barang asasi dan memaksa mamak sebelah longkang sekolah menutup nilai bersih roti canai seunit seringgit berbanding 70 sen pada harga pasaran dahulu.

Ataupun begini;

Kekalahan Arsenal pada malam tadi kepada Manchester United telah memberi alasan kukuh dan padu bagi Stef untuk mem-bahan-nya pada esok hari, disebabkan John telah berkata dengan megah penuh gaya bahawa Manchester akan dikutuk oleh Malaikat sendiri atas dasar Ferguson yang terlalu percaya dengan ke-tahyul-an khufarat.

John buntu. Pening. Tertekan kononnya, John telan Affexor dan Prozac sekali, dengan pelarutnya XO Martini. Tak secukuprasa lagi, John tambah Coke dengan sebatang Sempoerna hijau pula. Puas. Darah ke kepala John menggelegak. Neurotransmitter dalam kepala John berderas. Tingkatkan serotonin. Entah apa silapnya, kimia anti-ketegangan mula bertindak dengan alkohol yang dikonsiyum oleh John. Lagi bengong bila nikotin dan tar juga bentindak tunjuk perasaan dalam badan John. Mereka memperjuangkan hak setiap kimia untuk capai satu elemen demokrasi rakyat yang utuh, bukan demokrasi cowboy [rujuk Saya Pun Melayu - Zaid Ibrahim]. Setiap kimia harus memainkan peranan dalam komponen badan John.

Maka John selaku pemerintah agung terpaksa duduk sebentar berbincang dengan wakil kimia- kimia. John jadi pening. John bingung. John rasa nak pecah kepala. Jadi kimia- kimia dalam badan John menawarkan jalan rundingan yang halus dan damai, iaitu halusinasi. Semua gembira.

Jadi bila halusinasi mula dipraktikkan dalam badan John, kepala John terasa damai untuk seketika. Tiba- tiba kedengaran macam bunyi kayu pintu berlaga tulang. Berkali- kali. John tak kunci, jadi John suruh siapa yang gerangannya masuk. Terkejut bukan kepalang John, yang masuk adalah Malaikat Maut. Macam mana John tahu, kerana Malaikat itu pakai baju Manolo idaman John lengkap, dengan seluar jeans Levis Red Tab orijinal, dan tag nama ' Shinigami ' dakwat merah di dada. Ini bukan tipu punya, sebab kepala Malaikat itu cuma tengkorak, tanpa tisu hidup mahupun biji mata. Lubang hidung, yang sememangnya lubang.

John ternganga. Tersentak. Tercabut tulang lutut. Apa- apa lagi ter- yang kamu mampu fikir. Baru John teringat nak taubat. Nak tukar tiub tayar motor. Nak makan nasi. Nak beli Maggie dan apa- apa lagi sampah dalam kepala John, semua John teringat.

Malaikat Maut tenung John macam nak cabut nyawa. Perlahan- lahan Malaikat Maut kata pada John,

"Oi, rileks. Aku bukan nak bawa kau pusing- pusing Neraka sekarang. Aku bosan. Temankan aku main Poker, boleh?"




Notakaki : Cerita ini dirakamkan dengan pandangan nama diri ketiga, disebabkan narrator nama diri pertama, yakni hati John digegaskan ke ICU kerana cedera terlampau parah, calar- balar dan putus separuh badan akibat terkesan apabila pelawaan John ditolak perempuan-hot-gedik untuk menari bersama ketika di pub tadi. Sekian harap faham.

16.5.09

Meet the Myth.

Boleh jadi derita bertukar menjadi penderitaan
Boleh jadi gelap bertukar menjadi kegelapan
Boleh jadi hilang bertukar menjadi kehilangan
Boleh jadi sakit bertukar menjadi kesakitan

Derita_______________
Gelap_________________
____________________Hilang


________________________________s
________a
k______________________________________________
i______________________
t________________________________

Sakit

Sakit
Sakit

ahsakitsakitsakitsakitsakitsakitsakitsakit

Boleh jadi apa yang kamu suka adalah yang terburuk bagi kamu.

If the Europeans are telling the truth in their claim that they have killed six million Jews in the Holocaust during the World War II - which seems they are right in their claim because they insist on it and arrest and imprison those who oppose it, why the Palestinian nation should pay for the crime? Why have they come to the heart of committing crimes against the dear Palestine using their bombs, rockets, missiles and sanctions?

Or is it, Holocaust, is a myth?

12.5.09

Kerana sakit hati diprovokasi.

Hati aku mahu 'pop' bila bertemu Si Kacak.





....
......





.............

9.5.09

Epik tujuh detik dibunuh- oleh John.

Anne bertanya suatu soalan pada aku.

"Kalau kamu punya kuasa mengembalikan sesuatu, apa yang kamu hajatkan, John?"

aku duduk diam. sebentar aku buntu. dan aku susun semula.

"Kalau aku mampu..." aku sambung perlahan, "Hidupkan semula Galileo. Tuntut dia ilmu untuk menafikan. Dia mampu menafikan Aristotle. Jadi dia mampu nafikan Tuhan,"

Prinsip hidup yang aku pegang dari dulu. Hidup aku tidak semewah mana. Tidak sebahagia mana. Tidak semeriah mana.




Tuhan tak pernah tersenyum pada aku.

8.5.09

Jalan Arlington

"Dan, sepatutnya ia tak perlu berakhir begini. Tragis begini, kakak..."

Ia adalah satu malam yang susah hendak digambarkan. Cuma yang ada dikaki langit adalah bulan dan awam pucat yang melangsiri cahaya suram bulan. Dan cuma sebuah kerusi batu dan pangkal pokok mati bawah fern usang ini. Fern kuning-coklat-bodoh, macam yang kakak selalu kata.

*************

"Hei, bangunlah! si pemimpi jalanan. Apa kaufikir duit jatuh berdenting dari langit? Hari ini kita banyak tempat nak dituju." jerkah si kurus-brunet yang aku panggil kakak.

"Bodohlah. Kau jugak yang suruh aku kejar anjing semalam. Alah, roti sekeping pun kedekut. Apa kauingat aku tak lelah?" jerkah aku, semula.

Kami langsung tak malu nak mengaku kami ini pengemis. Kami hidup atas belas kasihan orang. Sekurang- kurangnya itu apa yang aku fikir. Tak tahulah kalau kakak juga begitu.

Satu hari. Cerah dan kelam dalam satu masa. Kata lainnya mendung. Seorang ibu dan anaknya lalu, melintas menjeling kami. Dengan sifat suci anak itu bertanya pada ibunya. Aku cuma pasang telinga.

"Ibu, bagi saya 25 sen..." kata anak, "saya nak beri pada mereka."
"Jangan mengada. Mereka... tak layak disini. Ini Kota London, bukan pusat kebajikan." kata perempuan jongos berbaju baldu Sleemth, bangga.

Jijik. Kata mereka kami tak layak berada di sini? Kami manusia. Dan kamu manusia. Apa bezanya? Bukan kami ini anjing Rat Terrier yang layaknya disepak- sepak. Bukan juga satu penni yang kamu jumpa-kutip-buatsebaranghajat-tersenyum. Sekurangnya, penni itu berharga buat kamu.

Berkali aku pusing dan injakkan kepala aku kesana- kemari. Melangut pada langit. Calarkan rintihan aku pada Tuhan. Pusing dan cari kepada mana atau siapa patut aku salahkan. Aku salahkan Tuhan. Salahkan ibu. Salahkan manusia. Salahkan takdir. Memaki dan menjerit pada suatu usia, sehingga bila aku penat, jatuh aku tertidur dan kakak yang akan selimutkan aku, dengan kain apron yang dia jumpa dalam tong sampah belakang Restoran Fielle De Cuetta. Pastikan aku diam, terlena.

Dan pada masa dia yakin aku terlena, dia bisikkan,

"Sabar, akan aku cari suatu kehidupan indah untuk kamu,"

*************

Kakak mati sebab kelaparan. Salah aku mungkin, aku curi makanan sikit pun aku tak serahkan pada dia. Pura- pura tak ada. Buat- buat tak tahu bila dia meminta. Janus-like behaviour. Dalam bahasa mudah bagi orang bodoh, hipokrit. Aku serahkan pada Gereja St. James uruskan kakak. Malam pertama aku dalam Rumah Kebajikan Ibu Mary, aku pecah masuk ke dapur. Curi enamtujuh roti buat bekalan untuk larikan diri. Hasilnya, aku dilibas belantan ketika tidur di bangku sejuk-berkarat di Taman St. James. Darah basahlah yang panaskan aku waktu aku tidur di jalanan Pavilion. Dan anjing yang menjilat kaki aku buat aku tenang sebentar. Sebelum aku tidur berairmata teringatkan janji kakak.

Dunia, tak pernah adil.
Tuhan, tak pernah ada.
Malaikat, tak pernah temankan kita.

Cuma yang ada falsafah bodoh tikus politik yang agungkan Keamanan. Mereka- mereka yang hantar soldadu lengkap Howitzer dengan kain ikat kepala bunuh-mereka-semua. Pergi, tembak, senyumsengih, pulang dengan bangga. Bongkak angkat kepala hidung dan kata pada anak cucu, "Dulu aku mainkan peranan dalam apa yang kamu kecapi sekarang, keamanan." Apa kauingat nyawa manusia semacam kentut yang kaulepas-lepas? Aku mimpikan laungan semula sic semper, tyrannis.

Sikit sahaja yang aku pinta pada kamu. Ya. Kamu. Dan kamu. Cuma perlu kamu fikir apa yang letakkan kamu dalam status kamu. Status quo adalah sampah akal primitif zaman kefeudalan yang cuma menghalalkan konsep ketidakhirauan dalam masyarakat. Kamu kata mengejar moden. Sifar miskin. Tapi aku yang hilang hafas kian detik tetap mengharap pada belas kasihan kamu yang pandang aku dengan jijik bila aku mohon untuk bekerja. Bukannya tahap aku hina seperti hamba. Bukannya aku angkat Kalashnikov rompak Swiss. Bukan. Jadi kenapa Tuhan yang kamu agungkan itu mencipta aku? Untuk sekadar dipandang jelek?

Taraf aku masih seperti manusia. Aku, tetap manusia.

Janji yang kakak bisikkan telah jauh berlalu dalam putaran masa-ruang Einstein. Jatuh pada telinga Maharaja Meiji. Tapi tak jauh dari aku, aku lekatkan dengan gam kasut Dr Martin dalam hati aku. Kakak, dengar sini. Apa yang aku belajar dari semua ini.

Dunia, penuh dengan anti-klimaks. Tidak ada jalan ceritanya indah macam The Sound of Music. Penuh dengan tongong-penjilat-punggung dan peneguk-rasuah. Hitam itu putih, putih itu salah. Tak sepatutnya Ode to Joy wujud dalam dunia ini.

Tidak-mungkin-ada-wujudnya-frasa-happily-ever-after.

6.5.09

terajang uncle!

semalam.lepas makan pagi+tengahari.teringat pulak zaman awal2 dulu.ambil lesen.kalau kanak2 yang baca.memang tak tahu lagi la rasa kena usya-JPJ.

aku gagal satu kali.MOTOR!kereta.tak yah cakap belakang-belakang lah.tahu.power-superb punye.

tapi.entah cilakak apa hari tu gagal MOTOR.yang SAJAK nye.UNCLE ajar memandu tu.selamba je.suruh aku pakai RODA-TIGA!

27.4.09

bukan mahu porak-peranda.

semalam.
aku sibuk berkerja di myspace.
konon-konon mahu cari mambang muda.
akhirannya celaka yang timpa aku.
aku jumpa profile manusia ini.jadi bagi kamu-kamu-dan-kamu.pergi lah tonton.
aku jadi mengkal bila lihat manusia jongos-otak-sifar-kepala liquid hydrogen-macam ini.
cuba lihat.



http://www.myspace.com/pasukanantimalingsia

apakah pandangan anda?


kendian lepas puas-puas.ok?

13.4.09

Wasiat John Libera (Bahagian Kedua)

Ini bukan salah Damien. Ini juga bukan salah Muse. Selepas Damien bawa aku ke konserto Muse, aku mula obses dengan New World Order. Aku mula membaca mengenai deism, henotheism, monotheism, panentheism, pantheism, monolatrism, agnosticism, epistemology, justification, estimation, fallibilism, fatalism, nihilism dan ah macam- macam lagi. Buku itu kan kawan yang tak akan pernah mengkhianati.

Ya, obses, sangat obses. Aku mula berjinak dengan arak. Aku tahu berdosa besar, tapi aku bukannya berseorangan dalam neraka kelak. Kamu, kamu dan kamu, ya kamu, akan aku seret semuanya. Yang wajib tentunya para penguasa, berjaga semua, kamu yang izinkan arak masuk ke ‘negara Islam’ ini. Jangan ingat kamu dah letak jawatan, aku akan lepaskan kamu ya. Kamu ada sahamnya, nanti tuntut saja di hari perhitungan, saat itu, kelak kamu akan dapat segala hak kamu, ganjaran mahupun hukuman.

Dan aku juga akan seret kamu semua kerana menfitnah aku. Dan aku akan seret kamu semua kerana kamu semua orang Islam. Dan aku akan seret kamu semua kerana kamu semua hidup dalam komuniti korupsi. Dan aku akan seret kamu semua kerana kamu suka bersangka buruk. Dan aku akan seret kamu semua kerana semuanya, ya semuanya.

Setelah dikerat-kerat dengan pisau swiss army milik seorang ‘kawan’ aku, aku dapat rasakan beban dosa aku berkurang sedikit, mungkin perasaan aku saja, tapi yang tentunya dosa aku tidak boleh bertambah lagi. Di situ penamat bukuku.

Mereka, bagi menghapuskan bukti, telah membuka sebuah gerai menjual lauk murah. Semuanya beraroma mengecurkan, berintikan cebisan daging manusia. Imaginatif sekali mereka, menjual aku. Ya, tidak ku sangka, lelaki juga boleh dijual.

Mereka juga akan ku seret di hari perhitungan. Buat pengetahuan semua aku belum murtad. Ya, aku belum. Aku tahu orang murtad perlu dihukum mati. Aku kan takutkan kematian, mana mungkin aku murtad!

Trust no one, including you, yourself. Manusia itu khilaf, semuanya tidak akan berkata benar, termasuk kamu. Kamu manusia kan?

Ibu, kenapa ibu tinggalkan Ikram di saat Ikram masih di dalam perutmu, ibu? Bawa Ikram, jauh, bawa Ikram jauh, bawa Ikram jauh, ibu.

Yang betul kamu punya,
Yours truly,

Ikram Jazali @ John Libera

Pos-skrip : Disclaimer - Anda tidak digalakkan mempercayai tulisan ini kerana sebelum ini anda telah diingatkan bahawa John belajar Sains Psikologi dulu, jadi, John dapat cipta ayat mahal, yang ada intro, yang catchy, yang ada klimaks, ada bridge, dan ada outro mellow. Macam Sing for Absolution. (Boleh ulangkaji di sini, sini dan sini)

3.4.09

Wasiat John Libera (Bahagian Pertama)

Untuk perhatian sesiapa yang berkenaan :
To whom it may concern:


Nama aku John. Ya, akulah John. Ya, aku. Setelah dibunuh oleh dua orang rakan serumah aku, aku bercadang ingin menulis warkah ini sebelum mengalami penyeksaan maha hebat oleh pencipta aku.


History is not something that happens only in the past. It will revolve, reborn, and soon it will be a part of the future. So, I’m going to tell you my past. It’s not that the rest is history, maybe before the final day, or on, there will be no after, where the maximum death toll will be reached, those tragedies that beat me will happen to you. Maybe.


Orang pertama dan terakhir yang aku bunuh adalah mak aku. Aku panggil dia ibu. Ibu adalah segalanya bagi aku. Setiap pagi, setelah dibangunkan oleh pencipta yang maha kasih, aku akan merenung foto ibu. Garis senyumannya jelas, jelas metah yang dia sengsara. Aku tahu ibu, ibu tak perlu mengeluarkan suara, nanti aku jadi sedih, kelak hatiku perit.


Aku mahu sangat, berharap dan menanti. Menanti pertemuan aku dan ibu di mana sang bintang yang panas itu berada sejengkal di atas kepala. Otak menggelegak. Tapi ibu, aku takut ibu, aku takut mati.

Melihat pada bulan. Merenung dan bertanya, wahai bulan. Mengadu dan merintih, wahai bulan.


Ibu, kenapa aku begini. Why can’t I be a son that you can be proud of? Ibu, come back home. I’m missing you like hell.


Bapa kandung aku, aku panggil dia abah. Aku benci abah sepertimana kamu-kamu membenci Mustafa Kemal Ataturk, sepertimana kamu-kamu membenci politik yang porak-peranda, sepertimana kamu-kamu membenci golongan-yang-kamu-benci. Abah, salah seorang lelaki yang akan aku seret ke neraka bersama, membuat perhitungan. Sejak aku mentah, aku sudah disodomi lelaki itu. Dia mengungkit kisah aku bunuh isteri dia, jadi aku menjadi galang gantinya. Lelaki itu kalah kepada nafsu, ya, seperti aku.


Aku memang suka membaca. Buku itu adalah kawan yang tidak akan pernah mengkhianati kamu, aku janji. Baik dibaca di bawah sinaran bulan (frehan amat suka) atau lampu kalimantang, aku tetap suka.

Buku pertama yang aku baca adalah Cinderella, versi bahasa penjajah. Bagi aku, cerita itu berakhir dengan kesedihan.


Cinderella and the prince live happily ever after


Tapi adakah macam tu? Pengakhirannya bukan itu. Secara logika, bukan itu! Betul ke Cinderella akan hidup dengan aman dengan statusnya itu? Ya, kasta. Putera itu akan mengungkit.


That is human. Mine-is-always-better-habit, can’t you see? Cinderella will suffer! She would find that her previous life is better. Oh, human is human. There will be no, NO term as ‘happily ever after’. Never.

Komuter, sahaja?

Cerita pendek ini aku tulis dalam Komuter, dari Ukm menuju Kl Sentral. Timbul tika aku duduk kebosanan. Aku buka jurnal putih aku, dan tulis, tulis, dan tulis. Mamat dekat sebelah ini, kau-sibuk-apa-nak-jeling2?. Tolonglah cepat sikit sampai.

Dan bagi menambahkan rasa seronok bagi cerita ini, latar-belakangkan musiknya dengan Seize the Day. Sangat masyuk.

Stesen KTM Ukm, banyak bagi kenangan. Ok, aku tahu mula cerita ini sangat tipikal, tapi lantaklah. Ktm Ukm tempat pertama aku jejak masa tingkatan satu, untuk kenal dunia luar-dan-liar, macam yang kawan aku cakap. Aku tak jumpa ke-liar-an itu, langsung.

Biarkanlah. Masa itu baru nak mula kenal dunia luar-dan-liar. Pergi Mid Valley, dan untuk tidak nampak jakun, galak, gedik atau apa-apa-lagi (tak jumpa terjemahan awkward dalam melayu), aku duduk dekat McDonald tunggu kawan- kawan berbincang apa-patut-kita-buat-lepas-ini.

Oh, masa remaja dulu- dulu.

Dari tingkatan 2 sampai tingkatan 3, KTM Ukm jadi tempat ketibaan dari Ktm Seremban, masa waktu cuti- cuti sekolah atau cuti tak berdaftar sebab tipu MC nak balik rumah dulu- dulu. Seronok fikir kembali masa itu. Balik rumah baca Camus. Dan Nietzsche. Dan Salinger. Dan Shin Chan.

Masa itu, seingat aku KTM Ukm ada satu bau. A scent. A really nice scent. Tapi sekarang sudah menghilang bau itu. Ah, biarkan.

Satu malam itu, aku lepak dekat KTM Ukm hampir dua jam, sebab penghujung tingkatan 3 aku kene gantung disebabkan masalah disiplin. Bapa enggan ambil, dan aku nekad jalan kaki 6 kilometer dengan beg sarat pakaian busuk, ke rumah kawan. Hahaha, terkenangkan masa itu. "There you go, a delinquent success walking in the night, to be proud of nothing,"

KTM Ukm, tempat aku terjumpa dengan seorang perempuan, cantik-tapi-ego. Layaknya seorang kawan, tapi untuk menerangkan status hubungan aku dan perempuan cantik-tapi-ego ini, aku tak sanggup kata aku cinta. Lebih pada obses. ya, obses. Macam obses Brida pada magis. Sangat obses.

Tetapi sekarang, perempuan cantik-tapi-ego sudah hilang. Menghilang. Hilangkan dirinya. Dan memori aku dengannya beredar dalam laluan masa.

Dari KTM Ukm, aku kenal dunia gig, konsert, pesta musik, clubbing. My pseudo- intelligent been harassed throughout this time of living. Aku kenal dengan sosial dunia luar. Dan aku jumpa dunia luar-dan-liar yang dimaksudkan dulu. Kenal dengan perempuan genius. Lelaki poyo. Kawan yang makan kawan. Macam- macam lagi ragam manusia.

Semuanya dibawa kepada aku, dari KTM Ukm.

Lagi galak aku keluar rumah bila aku beli Touch 'n' Go. Sebulan mungkin sepuluh sebelas kali aku mengadap KTM Ukm, minta dibawa ke Kuala Lumpur.

Dan tak mungkin lagi sekarang aku menaiki KTM Ukm. Aku cuma perlu pandu kereta sahaja. Takdir kita semacam sudah sampai di sini ya, KTM Ukm? Aku akan pandu Honda CRV itu. Dan mungkin aku akan masih ingat pada kamu. Mungkin.

Aku sudah sampai Sentral. Selamat tinggal, KTM dari Ukm.

31.3.09

Bulan, bertemu lagi Malam.

Satu perkara yang aku terperhati dalam tulisan aku; aku akan mulakan dengan perkataan ‘malam’. Aku obses dengan ‘malam’. Sangat obses. Sangat – sangat. Dan buat aku terbawa dalam mengelamun, “apa ada dengan malam, wahai saya?”


Malam, bawa seribu cerita. Yang tak mungkin, atau kadang- kadang tiada pada Siang. Maksiat, manusia lebih suka usahakan waktu malam. Minum arak, berdansa lelaki perempuan, merempit, berjoli. Semua pada malam. Kasihankan mu ya, malam? Apa aku mampu buat untuk kamu? Aku tidak mampu temankan Malam. Sekurangnya kamu punya Bulan untuk berteman.


Dan aku cuma mampu menulis, dan menulis lagi, pada Malam. Tak sanggup aku buka pekung Malam. Kasihan Malam. Aku cuma mampu kejar dan bunuh serigala yang menyalak pada Bulan. Macam parodi Wolf Howling to the Moon. Aku sangat dengki, sekurang- kurangnya Bulan balas sahutan serigala dengan cahayanya. Aku? Mengadu dengan Bulan, cuma disinari cahaya komputer. Ah, dunia.


Malam, dan Bulan. Boleh aku mengadu? Jangan tidak endahkan aduanku, ya? Malam ini aku jadi sedikit syahdu. Ya, aku tak kisah apa kamu kata. Aku manusia, ada hati, ada jiwa, dan punya bicara. Aku petik G7 dan C, dan hadapkan muka pucat hina aku pada kamu.


Aku merindu. Sifat paling cliché pada seorang lelaki. Aku bukan gay, seperti yang aku kata pada teman- teman. Itu semua alasan untuk tutup ego aku. Cerita cinta aku tak mungkin jadi seperti epik Hindustan. Atau High School Musical. Atau epik agung Romeo dan Juliet. Cerita cinta aku jadi pengakhiran macam Anthony dan Cleopatra.


Tapi, aku masih hidup. Segar menyedut oksigen percuma atas Bumi Tuhan.


Oh?


Aku sangat rindukan Syahirah. Kamu ingat, bukan? Yang aku rindukan saban malam di sekolah dulu. Duduk sebumbung, sangat dekat. Tapi tak pernah bertegur. Cuma hidangan pesanan ringkas malam- malam yang jadi ubat rindu. Tak. Aku tak begitu kronik sampai sesak nafas kalau tak dapat balasan SMS. Tidak sampai begitu. Apa? Kau nampak? Bohong. Pastinya kau rabun malam.


Aku mengadu yang sia- sia? Paling kurangya, aku katakan pada kau Bulan, aku rindukan Syahirah. Kalau- kalau dia toleh pada kamu, katakan aku rindu, ya Bulan?


Terima kasih Bulan. Dan Malam, selamat malam. Berat sudah mata aku. Esok, aku datang lagi.

27.3.09

Dosa Hitam John.

Malam apa lagi yang datang!
betapa hitamnya bumi ini
langit punya bintang-bintang
penuh cerita bintang kejora
dan bulan pudar bersinar.


Malam apa lagi yang datang!
noda hitam, dosa hitam
kalau pulangnya meracun sukma
menanam duri pada setianya
memberi api pada cinta - Nya?

sedarlah wahai yang terleka.

Malam - Malam John

Malam hening, bulan pun malu - malu berselindung pacarkan cahaya. Kalau bulan bisa mengomel, tentunya makian yang terdengar di kepala langit. Ciptaan Tuhan yang satu ini yang asyik jadi saksi kepada perlakuan kita. Ya, kita. Manusia. Bulan pun serik pancarkan cahaya pada kupu - kupu malam dekat Jalan Bukit Bintang, atau Lorong Haji Taib. Muak tengok anak Melayu tunggang arak dekat Zouk. Mungkin juga sedih tengok aku dan Kamal terpaksa bawa
kaki keluar tiap malam Jumaat hisap Shisha Double Apple sampai semput dekat uptown.

"Dah macam pelarian, kesian" mungkin, kata - kata bulan bila melihat kami.

"John, still baca Pentateuch ke?," tanya Fikri, kacau lamunan aku sedang berfantasi Amano Yui.

"Entahlah dia, baik ateis, nihilis, agnostik atau deist, dia bukan pegang agama aku untuk aku kisah," balas aku, ringkas.

"Mungkin, entahlah. I think we should stop this sarcastic nonsense toward him. Maybe benda - benda ni yang buat dia ignorant," balas Fikri, masih dengan idea Bono bodoh dia.

"Fuck off,".

***********

"Stef, ive got something to say, it might pissed you off"

"Go ahead John, biar i dengar dulu"

John tarik nafas dalam - dalam. John perlu ambil ritma yang betul. Susun ayat dalam kepala satu - satu. Berkat belajar Sains Psikologi dulu, John cipta ayat mahal, yang ada intro, yang catchy, yang ada klimaks, ada bridge, dan ada outro mellow. Macam Sing for Absolution.

"I'm getting tired of this lifestyle. You know what. I'm trully exhausted. We should see other people. I betul - betul miss hidup I yang dulu. Its not that im tired of fucking you, no. Just, I rasa, I need to go back. To the old me. Please don't get mad" kata John, selang nafas dingin, menggeletar.

Stef bangun, pandang mata biru palsu London Optic John, kosong. Dan tersenyum. Buat John mabuk, pening, lali.

"Its okay. I faham. In fact, I know in this short period you nak breaking up with me. I don't expect it to be this quick"

"I'm so sorry" John sambung.

"Takpe, janji this last pain of Guinness, you yang bayar. Lepas I pergi malam ni, jangan minum Bloody Mary pulak," Stef cakap dengan jelingan sinikal.

"I'm not that kind of emo, dear"

"Okay. Lets fuck for the last time" balas Stef dengan accent British yang dibuat - buat.

Dan bulan fikir kalau berdaya dia ingkar perintah Tuhan, dicampaknya sebelah bahagian badan dekat atas rumah sewa John. Hilang panorama yang buat Syaitan bermoshing tengah malam.

***********

Dua hari menuju Hari Jadi John. Aku rancang sesiapnya, sepenuhnya, seterperincinya dan sedalam - dalamnya, untuk buat John hilang dari hidup aku. Oh, dan hidup Fikri juga. Biar jadi serupa dengan kes Altantuya. Biar tak siapa tahu siapa hapus siapa.

"Bodoh, kes tu makan dalam. Banyak duit, apa pun boleh jadi. Kerja promoter, nak hulur apa? Kentut?" Fikri balas tajam, setajam Excalibur.

"Tak apa. Kita tak mungkin sampai tahap tu, tapi yang penting, kita usaha"

"Usaha? Your head!" sengih Fikri.

Macam - macam aku keluarkan dari otak aku. Bahana ketagih SCI Miami (aku gilakan Natalia Boa Vista), aku sediakan satu persatu. Pengsankan John, tekapkan ammonia dekat muka. Sembelih John dekat semak yang mengadap KLCC, calit pisau Swiss Army dengan klorofom. Simen pisau, baling dekat Pantai Beserah bila aku balik kampung nanti.

"Aku buat apa?" tanya Fikri.

"Tanam mayatlah, bodoh!"

"You take the easy one, eh? Disposing evidence only, you lazy bumm?"

"Thats the crucial part, lah! Kalau busted, bukti yang aku hilangkan jadi back up plan, dont worry la!"

"Banyaklah kau!" Fikri jelir lidah gaya Tina Yuzuki.

Kami pandang bulan, tenangkan fikiran ala - ala Pak Arab yang asyik menghembus asap shisha sebelah kami. Fikri telan sebiji lagi Prozac, yang keenam untuk malam ini. High, katanya. Lantaklah kau.

"You know what? After we done with this thing, lets meet in hell," Fikri merapu.

Mabuk dengan Prozac, mungkin. Entah. Aku cuma sengih, sengih dan gelak. Aku kena papah Fikri balik lepas ini.

"Yeah, I deserve that. Trully dude," balas aku.

25.3.09

air yang awie titis

Mata aku masih pegun.Melihat awie melangkah penuh sungul.pamer mukanya seperti kekurangan zat.Lenggok badannnya lemah.yah.Sungguh lemah.Adakah awie sudah menghidap penyakit Creutzfeldt-Jacob?

Ohh tuhan.bagilah awie kekuatan.Aku masih mau bercanda menyanyi lagu keroncong bersama nya.Ibarat membuat show di hadapan television senter BBC di London bersama Coldplay.Ya.Teman sejiwa awie suka kumpulan itu.

Awie terus melangkah sambil tangannya menonyoh-nonyoh mata kirinya yang gatal.Merah.Laksana saga.Bukan Saga 1.3 yang kau beli tahun lepas.Biji saga.Kau tahu?bodoh la kau kalau tak tahu!

lu tolong tuangkan ubat ini kat mata gua.

bape titik?

gua tak mahu titik.gua mahu dua titis.kalau lu bagi titik.malam ini lu tidur tak berkulit!

satel.aku tuang air ape ntah ke mata awie.tiba-tiba.

Arrgggghhhhhh.Babi!Gampang!Sial!Bodoh!Pedih Boddoooohhh!awie terguling-guling macam ikan tak cukup O2.oxygen la.

apesal lu mengerang bermakian?!lu suruh gua bubuh.gua bubuh la.air ape lu suruh gua bubuh ni awie?

ntah~lu check la.kan markah kimia lu lebih dua dari gua.gua 38/100 lu 40/100.kire lu lagi geliga dari gua.

sebab gua bawa toyol la awie.

Aku perhati botol empat segi bentuk kuboid kelabu yang awie bagi.Caution:Store in a cool place.Keep away from flame.Replace cap on bottle immmediately after use.KEEP OUT FROM THE REACH OF CHILDREN.aku sendiri terdengar dadaku meletup-letup kecil.apesal macam suspen je caution dia ni.seingat aku.flame tu api bukan jut-su.aduh.mata aku leret ke bahagian kandungan.Contents:Isopropyl alcohol!

ohh tuhan.Adakah aku akan menyaksikan adegan kawan mati bunuh-diri atau bola mata kawan aku tergolek-golek atas katil?barangkali mata awie termutasi jadi mata sharingan.macam anime naruto.ohh.

awie lu ok tak?gua rasa air itu memang hebat la.lu ambil dari syurga ka?gua rasa seperti zaman 60-an la.semua nya hitam putih!ajaib nya.ini baru gothic sebenar.

Nafas cemas yang terperam kian lama berterbangan di udara umpama menyaksikan bunga api tahun baru di dataran KLCC tahun lepas.

"oh,belum tiba masanya untuk tempah liang."

23.3.09

1 dekad bersama John.

5 hari sebelum hari lahir John, aku dan Fikri sememangnya sudah merancang, rapi sekali dengan segala macam jampi serapah untuk menghalau John.

Jampi serapah apanya, aku dan Fikri bukannya bomoh! Tapi aku percayalah kalau Fikri ada titisan keturunan dewa atau Iskandar Zulkarnain. Absurd? Kau perlu baca Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, terbitan DiBiPi. Oh, itu keturunan raja?

Kalian perlu tahu Fikri ini keturunan raja. Nama penuh Fikri adalah Raja Putera Fikri Redza bla bla.. (namanya panjang sangat, urgh, letih aku menaip!). Jadi ini kesimpulan yang aku buat :

Fikri:Keturunan Raja
Raja:Keturunan Iskandar Zulkurnain dan pada waktu awal-awal dulu, titisan keturunan dewa. Jadi,
Fikri:Keturunan Raja, Iskandar Zulkarnain sekaligus titisan keturunan dewa.

Tiada kompromi. Nokhtah!

Anggap saja telahan aku betul metah. Jangan sangkal.

Berbalik kepada perancangan menghalau John. Sebenarnya Fikri mencadangkan kami menggunakan akal logika dan mengikut ajaran de Bono dan topi-topinya.

Ya, de Bono dan topi-topinya.

Fikri pun mulalah menerangkan topi-topi sialan de Bono yang secara automatis membuat fikiran aku menerawang pada tilam-tilam busuk penyerap mimpi di rumah.

Kuning : kebaikan
Hijau : kreativiti
Merah : emosi
Hitam : pengesan bahaya
Biru : mengawal proses fikiran

Cilaka kau de Bono! Fikri yang melalui dasar PPSMI dengan jayanya itu berkata lagi, "This method can seperate ego from perfomance!".

Cewahhh. Sudah pandai kerengga tak bernafsu ni berkata-kata. Sudahlah kau Fikri. Pergi mampus dengan topi bermasalah kau tu!

Aku sudah penuh siaga. Fikri masih membebel tentang pluralisme, paganisme, sekularisme, anarkisme, marxisme dan entah apa-apa lagi.

Aku sudah siap dan bersedia. Pisau Swiss Army tinggalan pusaka keluarga, aku asah dengan berhati-hati. Pisau ini akan memberi hadiah hari lahir yang paling terhebat ibarat kuasa Goku celupan Hollywood.

Fikiran aku cuma satu : John mesti pergi dari rumah kami.

"Wahai pisau kesayangan, kamu mesti dahagakan darah yang likat dengan dosa kan sayang. Sabar ya. Aku akan pandu kamu."

5 hari sebelum hari lahir John, aku dan Fikri sememangnya sudah merancang, rapi sekali dengan segala macam jampi serapah untuk menghalau John.

Hadiah untuk John

John duduk mengelamun jauh dekat pintu rumah. fikir semula, sudah lama, memang sudah lama. Rumah ini, dan teman wanita John.

sepuluh tahun John, Fikri dan aku sewa rumah ini. entah berapa kali rumah ini kena pecah pun, aku malas nak ingat. Diorang pun pasti menyesal. Setakat masuk bersusah payah dan keluar kecewa, tangan kosong. Cuma ada tiga tilam buruk, satu tv Sony pusaka bapak John, seketul cerek karat dan perabut kutip di jualan lelong.

Rumah bujang lah katakan.

John meningkat 32 minggu depan, kahwin pun tidak lagi, padahal rumah ini dilanyaknya macam rumah pelacur. Malam Jumaat aku dengan Fikri wajib keluar uptown, lari sebab John dengan teman wanitanya nak bersenggama sampai letih.

Jujur aku cakap, aku malu, bengang, marah macam sial dekat John. John bukan asal namanya John. nama yang mak dia bagi dalam I/C tertulis Ikram Jazali bin Ahmad. Wow. Islamik.

Masa John umur 26 tahun, dia ikut Damien pergi konsert Muse dekat Bukit Jalil. John jadi obses dengan Matthew Bellamy. John mula baca hal New World Order. Obses dengan falsafah melodramatik Nietzsche. Mabuk dengan Catcher in the Rye, walaupun dah 26 tahun. Makan Maggie kari lima bulan untuk lunch dan makan malam, simpan duit nak beli gitar Manson macam Matthew Bellamy. Haram, tak reti main jugak. Bodoh.

John jadi ateis. Aku dengan Fikri belasah Damien separuh mati. Tapi esoknya belanja dia minum kat mamak tanda maaf. Ceh kami orang baik. Damien tak salah, John salah. Pilihan dia, dia yang pilih. Obses dengan Muse sangat. Bodoh. Aku pun dengar Muse jugaklah! Tak murtad pun.

Bukan aku tak nak nasihat John, tapi aku pun selalu tinggal sembahyang. Alasan kerja sebagai promoter dekat KL Metropolitan ini penat konon, sebenarnya malas. Balik, penat, tidur. Aku tak layak nak tegur orang.

Hadiah hari jadi John ke 32. Aku dengan Fikri nak halau dia dari rumah busuk buruk ini. Rumah yang dia maki masa mabuk ini. Aku dah nekad. Muktamad.

Selamat Hari Jadi John. Selamat tinggal.

22.3.09

Senil.

Kebenaran;
itu katakan,
jangan telan.

Apa yang kalian takutkan?
Takut saja pada Tuhan!
Tuhan yang beri kalian makan!
katakan, jangan telan.
kebenaran perlu disingkapkan.

10.3.09

menjelajah, mari.

malam hening untuk warga rimba sekalian nusantara. tapi malam ini dipekakkan oleh suara unggas Si Murai Fitnah.

"Murai datang bawa cerita baru"
"Katanya si Arnab Putih makan rasuah lompat sempadan"
"erm?"

lompat sempadan adalah tabu bagi sekalian warga rimba Malasinga. Bahaya, kata mereka. setiap sempadan adalah mengikut penjara pandangan masing - masing. Arnab Putih dalam sempadan Rabb. dan Arnab Putih sekarang dalam sempadan Monarki Tedung.

semua maklum Tedung Bercabang sial memang bercabang. Tipu Kancil Buaya itu cicak. Balut Singa Muda buang Menteri Beruang sempadan Banjar. Angkuh lawan bahasa Rimba, ganti dengan bahasa Anjing David. Megah, antarabangsa sahutnya. Baru setanding dengan Anjing David yang minum tapai itu.

maka dibawa Arnab Putih pergi ke Istana Pengadilan. masuk kandang tertuduh. mengadap Mulia Hakim Enggang. berbaris juri rimba.

diputuskan Arnab Putih salah. pandangan Arnab Putih masa di sempadan Rabb tak konvensional. tak liberal, tak sesuai dengan zaman. masuk sempadan Tedung, Tedung tak berkenan, kolot katanya. pandangan Arnab Putih tak sesuai dengan ideologi pandangan mereka.

dan difitnahnya Arnab Putih lompat sempadan sebab makan rasuah.

(Tedung takkan percaya sesiapa, dia ikut kepala leper dia sahaja)

fitnah itu, fitnah ini, juri semua makan fitnah. kurang setengah malam, Arnab Putih diputuskan masuk Intergrated Zoo Alignment. IZA.

"pergi latih semula patriotik kamu. usah ditentang lagi Sang Singa Agung. atau mana mana Singa."

polisi hidup di Malasinga, makan budi Singa Mulia yang duduk, pegang, kuasai, perintah tanah Malasinga. Derhaka, cirit birit! atau diratah Polis Musang Gemok.

jangan melawan. tulah.

7.3.09

malam, terbang

bukan seperti puisi tipikal yang mereka tulis,

aku ingin kau bawa aku terbang,
terbang jauh,
tinggi tanpa jatuh,
tapi tolong tinggalkan perasaan dan kesedaran dalam kotak hitam di rumah,
kalau - kalau terlanggar kapal terbang,
sakit tak terasa sakit,

dan mati pun tak rasa menyesal.

bawaku terbang ke dunia jauh, dunia kamu.