28.10.09

Selamat tinggal, hari- hari yang cerah.




Budak kecil itu melongo lihat Bulan pertama kalinya. Sungguh indah terpesona dia dibuatnya. Bulat cerah membara Bulan itu, katanya. Cantik, comel macam guli. Dia mahu, mahu, mahu pegang, peluk, cium, mimpi bersama Bulan itu.


Sungguh terharu sungguh Bulan. Maka Bulan pun turun ke Bumi, lalu berjanji sehidup bernafas semati sekujur dengan budak kecil itu. Saban malam berdansa pada lagu cinta. Tiap pagi tersenyum bersarapan roti mentega gula.


Bulan, kawan- kawanku, seperti sudah ketemu teman sejatinya. Maka sebarang frasa indah mahupun aduan ala romantik berbentuk "
adukan pada Bulan", ataupun "Bulan sampaikan pesan aku pada dia", ataupun "oh Bulan, enggan melayan diriku lagi" sudah tidak wujud lagi.

Maka ditinggalkanlah serigala- serigala sesat menyalak pada langit yang kosong. Sang pontianak tak lagi mahu keluar waktu malam, ombak tidak lagi pasang surut, dan langsung sudah tidak ada gerhana cincin yang cantik itu. Oh, juga para mufti pening kepala nak tentukan tarikh hari raya. Dan siapapun tak lagi tersenyum pada Bulan. Nanti dimaki gila pula.


Semuanya meratap pada kaki langit yang hiba, sepi dan sedih.


Akan tetapi Bulan tak sanggup untuk pentingkan diri sendiri. Bulan sedar dirinya penting untuk semua- semua. Jadi Bulan terbit semula ke permukaan langit, tinggalkan budak kecil yang terpinga- pinga hampir menangis. Bulan tak sanggup untuk lukakan hati budak kecil yang masih putih persih. Yang masih naif untuk bermain dengan Cinta.


Maka Bulan kirimkan padanya Bintang- Bintang, supaya tidur malamnya lebih gemerlapan. Supaya budak kecil itu punya teman untuk menari lagu cinta dan bersarapan roti mentega gula. Supaya budak kecil kembali tersenyum ketawa.

Bulan tak akan punya teman. Bulan sedar, janji yang dia buat pada Dewa Maut telah memakan dirinya sendiri. Sang Bulan sendiri yang minta disanjung dipuja, dengan telah meletakkan Cinta sebagai cagarannya.


Dan Bulan disumpah berseorangan di hujung langit, buat selama- lamanya.


26.10.09

seharian di bilik diagnostik

kalau gua nak cerita pasal X-ray.sure lu orang yang pernah patah tulang.tulang sambung besi.nak pergi masuk belajar.nak tengok janin bagi kaum2 ibu.jika ada kaum bapa.*sila baritahu gua cepat-cepat!pernah merasa.

jadi.gua pun duduk lepak kat bilik pengimejan diagnostik baru-baru ni.(tak de la baru sangat).untuk singkatkan lagi cerita.

datang la seorang pesakit ini ke bilik pengimejan diagnostik.macam biasalah lah.lepas daftar.kena tunggu.punya cun-hensem-macho-melawa punya pesakit.

gua mintak dia masuk.buka pakaian.dan sarung dengan jubah yang pihak kerajaan sediakan.kenapa buka?pergi tanya pelajar sains fizik.

lepas 5 minit.gua tanya.dah siap?pesakit itu keluar.

kenapa tak pakai jubah?

gua menjerit histeria!

21.10.09

Dem.

Sekali tu, aku dalam perjalanan pulang ke rumah dan aku terhenti di hadapan tiga tong sampah resaikel yang berwarna-warni.

Aku tak dapat ingat warnanya tapi aku pasti ada tiga tong di situ.

Satu minit dan kemudiannya dua minit berlalu, aku hanya pegun di situ. Berdiri di hadapan mereka dengan riak wajah yang mengharapkan sesuatu.

Tiba-tiba, oh maaf, bukan tiba-tiba. Aku tak mahu cerita aku menjadi terlalu klise dengan perkataan tiba-tiba.

Sebenarnya secara sengaja, aku menjerit pada ketiga-tiga tong sampah resaikel itu. Aku mengeluarkan kata-kata kesat pada tong-tong tersebut. Aku tendang mereka kuat-kuat, ktang-ktang-ktang, satu tendangan buat satu tong.

Aku menunggu tindak balas daripada mereka. Aku menunggu dan menunggu.

Matahari mula bergerak ke barat. Awan mula berarak meninggalkan kepala. Bangla sapu sampah pun sudah beberapa kali ulang-alik di situ. Aku mengeluh panjang.

Sudah dua jam aku berdiri di situ.

"Bodoh!!", aku maki tong sampah bertiga tu.

Aku berasa mellow. Malangnya aku, tong sampah resaikel pun tak pedulikan aku. Malang kan?

Dem aku kata pada mereka. Dan selepas itu aku berlalu pergi. Aku menapak sambil mengira langkahku. Satu-dua-tiga, aku membilang kuat-kuat dengan harapan tong sampah resaikel itu dengar suaraku.