31.5.09

Mata, celaka kamu!

Kamu masih di sirkulasi. Tersenyum bersama teman-teman.

Tangan kanan memegang jaket polister hitam dan tangan kiri mengenggam beg sandang.

Aku, di balik tembok, mencari telefon awam. Kataku mahu bertanya khabar abang.
Sebenarnya, aku melihat kamu.

Berhentilah tersenyum wahai kamu. Kamu, berhentilah tersenyum.

Bukan mungkin. Pasti.

Dengan seluar tiga suku, dipadankan jersi Chelsea-Siam-Mari, bawah lampu oren jalan. Atas meja kedai mamak, sebatang rokok Surya di celah tangan kiri, dan sebatang pen Kilometriko hasil rembat kawan sebilik.

Sehelai tisu. Dua helai tisu. Dan terus menjadi tiga.

Lan menulis penuh estatik. Campurkan sedikit unsur epik. Gubahkan ayat- ayat jadi unik. Yang berirama satu sama lain. Sambil- sambil minum teh O ais kurang manis. Mana boleh dibiarkan ide yang turun dari langit masa tengok bola diseling sembang politik, dibiarkan sebegitu sahaja. Lan berjiwa penulis sejati.

Tulis, dengan penuh ghairah dan vivid.

Lan tulis lagi, penuh cekal. Tak ada kertas, tisu pun boleh. Asalkan ide yang datang tak dibiarkan menghilang macam asap rokok. Lan kerahkan neuron bertindak semaksimum mungkin. Bagai dewa Muse tersenyum sebelah telinga dan bisikkan bait- bait ayat.

Masukkan unsur- unsur skeptik. Dan secubit alasan anarki, di stim dengan falsafah Nietzsche secukup rasa. Biar jadi satu ayat yang mampu meluncur sejarah manusia dan, mungkin, diingati dan dipuja.

"Inilah," Lan kata dengan angkuh dalam hati, "yang dinamakan kreatif."

.........

Lan bangun dan hidupkan EX5. Laju Lan bawa motor balik rumah. Dan Lan tak bayar duit teh O ais tadi. Marah betul dia bila member yang lain kata dia pelik. Tak faham jiwa dia, rungutnya.

23.5.09

ia yang kematian jiwa.

remukan segala kehidupan.
reruntuhan segala nanar.
si anak masih menunggu sang yang berkeroncong.
si anak masih cuba berdendang.
si anak masih cuba menulis di dalam gelap.

hufurnya salah banyak tak kena.

cuma.

si anak tahu.
satu akan si bernama cinta.
agar segala tak kena.
menjadi terus pokta.

biarkan lah beta lepas wahai anak.

masa

mari aku ibaratkan masa untuk kamu;




masa adalah anak- anak yang berlari kecil tapi gegas,

sedang aku adalah badut bermuka jenglot duduk bermalas,

memandang Masa kencang lari, ketawakan aku.

20.5.09

Oh, maaf!



Cinta tidak buta - Ia lebih celik dan tak buta
Tapi kerana ia lebih celik, ia sanggup menjadi buta


19.5.09

Cungapan celaka.

Aku lelah
menjadi pelangi
ribuan dekad sudah
cuba mewarnai

Jadikan aku Hofman;
LSD dan efek psikedelik
trauma setiap hisapan
psikosis illisit bersisik

Oh Tuhan,
aku ungkapkan celaka lagi!

buku simpanan.

sabtu, 2005.usia gua baru cecah tepat 14 tahun.tapi gua ada daya penarek super-hebat.selain, mempunyai suara nyaring-lantang yang mampu menjejaskan industri mikrofon dunia.gua ibarat si-kecil-matang berfikiran tua, usia muda.sepupu-sepupu gua tak putus-putus minta bantuan dari gua.dari tips-tips memakai bedak hingga lah ke cara mengeluarkan duit dari buku simpanan.

jadi.tengahari itu,setelah lelah menyusuri hidup yang penuh berliku.sepupu gua minta gua keluarkan duit dari BANK PERTANIAN.gua tak kesah.kami bertolak menaiki bas REGAL.yang super-tua.dia punya gegar.perggghhh..

sampai depan bank.sepupu gua serahkan buku simpanan dia pada gua.gua senyum bangga.seperti gua ditolak gemelut kuasa politik,ekonomi,sosial,komersialisme,
eksploitasi,korupsi,jenayah,racism hinggalah ke masalah khawin lari.dengan penuh keyakinan.gua terus ke kaunter.

gua : puan, saya nak keluarkan duit dari buku simpanan BANK PERTANIAN ni.


puan : tapi ini BANK SIMPANAN NASIONAL, dek.

waacchhaaa!!!gua karate kaunter bank.sambil disaksikan seribu senyuman mengila dari pelanggan-pelanggan BANK SIMPANAN NASIONAL.

17.5.09

Epik enam detik dibunuh- oleh John

Pulang dari pub, kaki John terlanggar batu. John emo. Angin satu badan.

Apa John buat? Dia ambil batu tadi, baling ke tempat letak kereta mengadap barat daya kepala dia. Bunyi cermin kereta retak, atau pecah. Ah, peduli semua itu, John tak kisah. Ada kedengaran siren kereta bersilih angin berbunyi. Sambil- sambil ada suara orang maki- maki.

John berjalan semula dalam tekanan perasaan. Tekanan emosi. Semua tekanan yang dia sendiri ciptakan. John rasa berjalan bawah lampu oren sambil emo itu cool. Orang pandang dia rasa gerun. Hormat. Rasa nak minta tandatangan. Sambil- sambil hisap His Dearest Pete/Kent, John jalan- jalan sambil bersiul lagu Lelaki yang Jual Dunianya.

Sampai rumah. John masih tertekan. Pandang syiling tak kena, nak duduk tak seronok, nak mandi rasa lapar. Macam- macam yang John fikir. Mungkin apa yang John fikir macam ini;

Politik negara polis yang korup yang sebabkan ekonomi dunia terakibat dan jadi songsang lalu sebabkan harga minyak naik seterusnya melonjakkan harga barang asasi dan memaksa mamak sebelah longkang sekolah menutup nilai bersih roti canai seunit seringgit berbanding 70 sen pada harga pasaran dahulu.

Ataupun begini;

Kekalahan Arsenal pada malam tadi kepada Manchester United telah memberi alasan kukuh dan padu bagi Stef untuk mem-bahan-nya pada esok hari, disebabkan John telah berkata dengan megah penuh gaya bahawa Manchester akan dikutuk oleh Malaikat sendiri atas dasar Ferguson yang terlalu percaya dengan ke-tahyul-an khufarat.

John buntu. Pening. Tertekan kononnya, John telan Affexor dan Prozac sekali, dengan pelarutnya XO Martini. Tak secukuprasa lagi, John tambah Coke dengan sebatang Sempoerna hijau pula. Puas. Darah ke kepala John menggelegak. Neurotransmitter dalam kepala John berderas. Tingkatkan serotonin. Entah apa silapnya, kimia anti-ketegangan mula bertindak dengan alkohol yang dikonsiyum oleh John. Lagi bengong bila nikotin dan tar juga bentindak tunjuk perasaan dalam badan John. Mereka memperjuangkan hak setiap kimia untuk capai satu elemen demokrasi rakyat yang utuh, bukan demokrasi cowboy [rujuk Saya Pun Melayu - Zaid Ibrahim]. Setiap kimia harus memainkan peranan dalam komponen badan John.

Maka John selaku pemerintah agung terpaksa duduk sebentar berbincang dengan wakil kimia- kimia. John jadi pening. John bingung. John rasa nak pecah kepala. Jadi kimia- kimia dalam badan John menawarkan jalan rundingan yang halus dan damai, iaitu halusinasi. Semua gembira.

Jadi bila halusinasi mula dipraktikkan dalam badan John, kepala John terasa damai untuk seketika. Tiba- tiba kedengaran macam bunyi kayu pintu berlaga tulang. Berkali- kali. John tak kunci, jadi John suruh siapa yang gerangannya masuk. Terkejut bukan kepalang John, yang masuk adalah Malaikat Maut. Macam mana John tahu, kerana Malaikat itu pakai baju Manolo idaman John lengkap, dengan seluar jeans Levis Red Tab orijinal, dan tag nama ' Shinigami ' dakwat merah di dada. Ini bukan tipu punya, sebab kepala Malaikat itu cuma tengkorak, tanpa tisu hidup mahupun biji mata. Lubang hidung, yang sememangnya lubang.

John ternganga. Tersentak. Tercabut tulang lutut. Apa- apa lagi ter- yang kamu mampu fikir. Baru John teringat nak taubat. Nak tukar tiub tayar motor. Nak makan nasi. Nak beli Maggie dan apa- apa lagi sampah dalam kepala John, semua John teringat.

Malaikat Maut tenung John macam nak cabut nyawa. Perlahan- lahan Malaikat Maut kata pada John,

"Oi, rileks. Aku bukan nak bawa kau pusing- pusing Neraka sekarang. Aku bosan. Temankan aku main Poker, boleh?"




Notakaki : Cerita ini dirakamkan dengan pandangan nama diri ketiga, disebabkan narrator nama diri pertama, yakni hati John digegaskan ke ICU kerana cedera terlampau parah, calar- balar dan putus separuh badan akibat terkesan apabila pelawaan John ditolak perempuan-hot-gedik untuk menari bersama ketika di pub tadi. Sekian harap faham.

16.5.09

Meet the Myth.

Boleh jadi derita bertukar menjadi penderitaan
Boleh jadi gelap bertukar menjadi kegelapan
Boleh jadi hilang bertukar menjadi kehilangan
Boleh jadi sakit bertukar menjadi kesakitan

Derita_______________
Gelap_________________
____________________Hilang


________________________________s
________a
k______________________________________________
i______________________
t________________________________

Sakit

Sakit
Sakit

ahsakitsakitsakitsakitsakitsakitsakitsakit

Boleh jadi apa yang kamu suka adalah yang terburuk bagi kamu.

If the Europeans are telling the truth in their claim that they have killed six million Jews in the Holocaust during the World War II - which seems they are right in their claim because they insist on it and arrest and imprison those who oppose it, why the Palestinian nation should pay for the crime? Why have they come to the heart of committing crimes against the dear Palestine using their bombs, rockets, missiles and sanctions?

Or is it, Holocaust, is a myth?

12.5.09

Kerana sakit hati diprovokasi.

Hati aku mahu 'pop' bila bertemu Si Kacak.





....
......





.............

9.5.09

Epik tujuh detik dibunuh- oleh John.

Anne bertanya suatu soalan pada aku.

"Kalau kamu punya kuasa mengembalikan sesuatu, apa yang kamu hajatkan, John?"

aku duduk diam. sebentar aku buntu. dan aku susun semula.

"Kalau aku mampu..." aku sambung perlahan, "Hidupkan semula Galileo. Tuntut dia ilmu untuk menafikan. Dia mampu menafikan Aristotle. Jadi dia mampu nafikan Tuhan,"

Prinsip hidup yang aku pegang dari dulu. Hidup aku tidak semewah mana. Tidak sebahagia mana. Tidak semeriah mana.




Tuhan tak pernah tersenyum pada aku.

8.5.09

Jalan Arlington

"Dan, sepatutnya ia tak perlu berakhir begini. Tragis begini, kakak..."

Ia adalah satu malam yang susah hendak digambarkan. Cuma yang ada dikaki langit adalah bulan dan awam pucat yang melangsiri cahaya suram bulan. Dan cuma sebuah kerusi batu dan pangkal pokok mati bawah fern usang ini. Fern kuning-coklat-bodoh, macam yang kakak selalu kata.

*************

"Hei, bangunlah! si pemimpi jalanan. Apa kaufikir duit jatuh berdenting dari langit? Hari ini kita banyak tempat nak dituju." jerkah si kurus-brunet yang aku panggil kakak.

"Bodohlah. Kau jugak yang suruh aku kejar anjing semalam. Alah, roti sekeping pun kedekut. Apa kauingat aku tak lelah?" jerkah aku, semula.

Kami langsung tak malu nak mengaku kami ini pengemis. Kami hidup atas belas kasihan orang. Sekurang- kurangnya itu apa yang aku fikir. Tak tahulah kalau kakak juga begitu.

Satu hari. Cerah dan kelam dalam satu masa. Kata lainnya mendung. Seorang ibu dan anaknya lalu, melintas menjeling kami. Dengan sifat suci anak itu bertanya pada ibunya. Aku cuma pasang telinga.

"Ibu, bagi saya 25 sen..." kata anak, "saya nak beri pada mereka."
"Jangan mengada. Mereka... tak layak disini. Ini Kota London, bukan pusat kebajikan." kata perempuan jongos berbaju baldu Sleemth, bangga.

Jijik. Kata mereka kami tak layak berada di sini? Kami manusia. Dan kamu manusia. Apa bezanya? Bukan kami ini anjing Rat Terrier yang layaknya disepak- sepak. Bukan juga satu penni yang kamu jumpa-kutip-buatsebaranghajat-tersenyum. Sekurangnya, penni itu berharga buat kamu.

Berkali aku pusing dan injakkan kepala aku kesana- kemari. Melangut pada langit. Calarkan rintihan aku pada Tuhan. Pusing dan cari kepada mana atau siapa patut aku salahkan. Aku salahkan Tuhan. Salahkan ibu. Salahkan manusia. Salahkan takdir. Memaki dan menjerit pada suatu usia, sehingga bila aku penat, jatuh aku tertidur dan kakak yang akan selimutkan aku, dengan kain apron yang dia jumpa dalam tong sampah belakang Restoran Fielle De Cuetta. Pastikan aku diam, terlena.

Dan pada masa dia yakin aku terlena, dia bisikkan,

"Sabar, akan aku cari suatu kehidupan indah untuk kamu,"

*************

Kakak mati sebab kelaparan. Salah aku mungkin, aku curi makanan sikit pun aku tak serahkan pada dia. Pura- pura tak ada. Buat- buat tak tahu bila dia meminta. Janus-like behaviour. Dalam bahasa mudah bagi orang bodoh, hipokrit. Aku serahkan pada Gereja St. James uruskan kakak. Malam pertama aku dalam Rumah Kebajikan Ibu Mary, aku pecah masuk ke dapur. Curi enamtujuh roti buat bekalan untuk larikan diri. Hasilnya, aku dilibas belantan ketika tidur di bangku sejuk-berkarat di Taman St. James. Darah basahlah yang panaskan aku waktu aku tidur di jalanan Pavilion. Dan anjing yang menjilat kaki aku buat aku tenang sebentar. Sebelum aku tidur berairmata teringatkan janji kakak.

Dunia, tak pernah adil.
Tuhan, tak pernah ada.
Malaikat, tak pernah temankan kita.

Cuma yang ada falsafah bodoh tikus politik yang agungkan Keamanan. Mereka- mereka yang hantar soldadu lengkap Howitzer dengan kain ikat kepala bunuh-mereka-semua. Pergi, tembak, senyumsengih, pulang dengan bangga. Bongkak angkat kepala hidung dan kata pada anak cucu, "Dulu aku mainkan peranan dalam apa yang kamu kecapi sekarang, keamanan." Apa kauingat nyawa manusia semacam kentut yang kaulepas-lepas? Aku mimpikan laungan semula sic semper, tyrannis.

Sikit sahaja yang aku pinta pada kamu. Ya. Kamu. Dan kamu. Cuma perlu kamu fikir apa yang letakkan kamu dalam status kamu. Status quo adalah sampah akal primitif zaman kefeudalan yang cuma menghalalkan konsep ketidakhirauan dalam masyarakat. Kamu kata mengejar moden. Sifar miskin. Tapi aku yang hilang hafas kian detik tetap mengharap pada belas kasihan kamu yang pandang aku dengan jijik bila aku mohon untuk bekerja. Bukannya tahap aku hina seperti hamba. Bukannya aku angkat Kalashnikov rompak Swiss. Bukan. Jadi kenapa Tuhan yang kamu agungkan itu mencipta aku? Untuk sekadar dipandang jelek?

Taraf aku masih seperti manusia. Aku, tetap manusia.

Janji yang kakak bisikkan telah jauh berlalu dalam putaran masa-ruang Einstein. Jatuh pada telinga Maharaja Meiji. Tapi tak jauh dari aku, aku lekatkan dengan gam kasut Dr Martin dalam hati aku. Kakak, dengar sini. Apa yang aku belajar dari semua ini.

Dunia, penuh dengan anti-klimaks. Tidak ada jalan ceritanya indah macam The Sound of Music. Penuh dengan tongong-penjilat-punggung dan peneguk-rasuah. Hitam itu putih, putih itu salah. Tak sepatutnya Ode to Joy wujud dalam dunia ini.

Tidak-mungkin-ada-wujudnya-frasa-happily-ever-after.

6.5.09

terajang uncle!

semalam.lepas makan pagi+tengahari.teringat pulak zaman awal2 dulu.ambil lesen.kalau kanak2 yang baca.memang tak tahu lagi la rasa kena usya-JPJ.

aku gagal satu kali.MOTOR!kereta.tak yah cakap belakang-belakang lah.tahu.power-superb punye.

tapi.entah cilakak apa hari tu gagal MOTOR.yang SAJAK nye.UNCLE ajar memandu tu.selamba je.suruh aku pakai RODA-TIGA!