Pulang dari pub, kaki John terlanggar batu. John emo. Angin satu badan.
Apa John buat? Dia ambil batu tadi, baling ke tempat letak kereta mengadap barat daya kepala dia. Bunyi cermin kereta retak, atau pecah. Ah, peduli semua itu, John tak kisah. Ada kedengaran siren kereta bersilih angin berbunyi. Sambil- sambil ada suara orang maki- maki.
John berjalan semula dalam tekanan perasaan. Tekanan emosi. Semua tekanan yang dia sendiri ciptakan. John rasa berjalan bawah lampu oren sambil emo itu cool. Orang pandang dia rasa gerun. Hormat. Rasa nak minta tandatangan. Sambil- sambil hisap His Dearest Pete/Kent, John jalan- jalan sambil bersiul lagu Lelaki yang Jual Dunianya.
Sampai rumah. John masih tertekan. Pandang syiling tak kena, nak duduk tak seronok, nak mandi rasa lapar. Macam- macam yang John fikir. Mungkin apa yang John fikir macam ini;
Politik negara polis yang korup yang sebabkan ekonomi dunia terakibat dan jadi songsang lalu sebabkan harga minyak naik seterusnya melonjakkan harga barang asasi dan memaksa mamak sebelah longkang sekolah menutup nilai bersih roti canai seunit seringgit berbanding 70 sen pada harga pasaran dahulu.
Ataupun begini;
Kekalahan Arsenal pada malam tadi kepada Manchester United telah memberi alasan kukuh dan padu bagi Stef untuk mem-bahan-nya pada esok hari, disebabkan John telah berkata dengan megah penuh gaya bahawa Manchester akan dikutuk oleh Malaikat sendiri atas dasar Ferguson yang terlalu percaya dengan ke-tahyul-an khufarat.
John buntu. Pening. Tertekan kononnya, John telan Affexor dan Prozac sekali, dengan pelarutnya XO Martini. Tak secukuprasa lagi, John tambah Coke dengan sebatang Sempoerna hijau pula. Puas. Darah ke kepala John menggelegak. Neurotransmitter dalam kepala John berderas. Tingkatkan serotonin. Entah apa silapnya, kimia anti-ketegangan mula bertindak dengan alkohol yang dikonsiyum oleh John. Lagi bengong bila nikotin dan tar juga bentindak tunjuk perasaan dalam badan John. Mereka memperjuangkan hak setiap kimia untuk capai satu elemen demokrasi rakyat yang utuh, bukan demokrasi cowboy [rujuk Saya Pun Melayu - Zaid Ibrahim]. Setiap kimia harus memainkan peranan dalam komponen badan John.
Maka John selaku pemerintah agung terpaksa duduk sebentar berbincang dengan wakil kimia- kimia. John jadi pening. John bingung. John rasa nak pecah kepala. Jadi kimia- kimia dalam badan John menawarkan jalan rundingan yang halus dan damai, iaitu halusinasi. Semua gembira.
Jadi bila halusinasi mula dipraktikkan dalam badan John, kepala John terasa damai untuk seketika. Tiba- tiba kedengaran macam bunyi kayu pintu berlaga tulang. Berkali- kali. John tak kunci, jadi John suruh siapa yang gerangannya masuk. Terkejut bukan kepalang John, yang masuk adalah Malaikat Maut. Macam mana John tahu, kerana Malaikat itu pakai baju Manolo idaman John lengkap, dengan seluar jeans Levis Red Tab orijinal, dan tag nama ' Shinigami ' dakwat merah di dada. Ini bukan tipu punya, sebab kepala Malaikat itu cuma tengkorak, tanpa tisu hidup mahupun biji mata. Lubang hidung, yang sememangnya lubang.
John ternganga. Tersentak. Tercabut tulang lutut. Apa- apa lagi ter- yang kamu mampu fikir. Baru John teringat nak taubat. Nak tukar tiub tayar motor. Nak makan nasi. Nak beli Maggie dan apa- apa lagi sampah dalam kepala John, semua John teringat.
Malaikat Maut tenung John macam nak cabut nyawa. Perlahan- lahan Malaikat Maut kata pada John,
"Oi, rileks. Aku bukan nak bawa kau pusing- pusing Neraka sekarang. Aku bosan. Temankan aku main Poker, boleh?"
Notakaki : Cerita ini dirakamkan dengan pandangan nama diri ketiga, disebabkan narrator nama diri pertama, yakni hati John digegaskan ke ICU kerana cedera terlampau parah, calar- balar dan putus separuh badan akibat terkesan apabila pelawaan John ditolak perempuan-hot-gedik untuk menari bersama ketika di pub tadi. Sekian harap faham.
Buku itu.
BalasPadamSudah aku rizab di GBudaya.
Bulan lepas.
Kebodohan duit-skolar-aku-banyak-lagi tak berkesan.
Aku perlu tunggu bulan depan.
Oh dan Endless Filth: The Saga of the Bhangis.
Mahu hadiahkan buat aku?