6.11.09

Campak rindu jauh- jauh, nyalakan rokok dan senyumkan senyuman paling hiba.


Semua, dia kata, apa yang ada di dunia ada yang berlawanannya. Sengaja Tuhan ciptakan untuk saling melengkapkan.


Maka, bila masa sahaja aku sedih, kamu akan mainkan aku lagu pop rancak. Dengan senyuman kamu macam bidadari itu, mudah sahaja aku tersenyum kembali dan lupakan yang hiba- hiba.

Dan, bila masa aku gembira, kamu akan mainkan lagu sedih, yang perlahan dan yang tenang. Supaya bila- bila lagu- lagu sedih kedengaran, aku akan terkenang masa- masa kami gembira.

Dahulu, waktu kita duduk bawah pokok berdua, waktu malam itu kita pandang langit penuh bintang dan tersenyum, ketawa dan bergembira macam budak kecil. Sambil itu kita mainkan Deeper Conversation. Dengan suara kamu yang sungguh merdu, aku rasakan hidup aku sudah lengkap selengkap lengkapnya.

Itu dulu.

Sekarang, setiap kali aku dengarkan Deeper Conversation, aku akan berbaring di atas katil, tekapkan muka aku dengan bantal dan tutupkan mata. Dan, perlahan- lahan aku akan menangis.

Sejak kamu sudah tiada. Semenjak kamu hilang dari hidup aku selama- lamanya.

Petikan gitar malam- malam aku sumbang tanpa iringan bass kamu.

4.11.09

hujan


hujan.
hujan.
hujan.
hujan.
dan hujan lagi.
langit terus menghujan.
bumi terus membasah dengan hujan.

si kecil itu.
terus lari-lari bersama hujan.

aku?
tidur semasa hujan.

hahahaha.