3.9.10

pengemis

kata-kata kosongnya.
tak perlu diambil keras.

kerana.
dia bukan lagi pengemis.
yang perlu menagih.
kata manis..

22.8.10

Rangkai bersalah.

"Pada setiap selingan udara yang berlalu di celah- celah kubu (keegoan) kamu, aku selitkan janji- janji semalam yang pernah kamu bisikkan kepadaku. Kini, mereka sedang berlumba ke arah kamu."

Kukuh berantai.

"Akhirnya, aku dapat berhadapan dengan pintu hati kamu; tersembunyi di dalam hutan viridian (bersirat duri) yang kamu dirikan. Sekarang, aku perlukan kamu untuk serahkan kuncinya.

15.8.10

Melodi lama.

"Lagu terakhir yang aku mainkan untuk kamu; dengarkan. Meski jauh, suara aku sentiasa bersama kamu."

8.7.10

usang



usang benar ruang ini.
warnailah dengan cat-cat hidup anda.
moga lebih ceria.

29.6.10

keroncong tepian dinding

dan hari ini .

esok.

hinggalah lusa.

dia akan kata.

mampos.

aku memang dah lupa kau.

18.4.10

sambungan matahari..

barangkali juga.pada awalnya.
ialah sayang.si aku datang tiap kali rintiknya hujan.guruhnya langit.bermendungnya awan.

ialah pada mulanya.pada sayangnya.janji diukir.ditempak.disulam rapi.cantik lagi tersusun.

ialah pada awalnya sayang.walau sedetik.gering renta mahu berpisah.semacam menelan klorox rasanya.


bila sudah mual.sedang sayang asyik gering tak bermaya.
dan si aku asyik terus-terus aja berlari.peluh-peluh berpalit.menemankan sayang.
kerana sayangnya.
kerana setianya.
tak mahu meninggalkan sayangnya sendiri di satu sudut ruang kekosongan.

1 tahun.
2 tahun.
3 tahun.
4 tahun.
5 tahun.


si aku bakal bosan.muak.celik.pudar.tawar.radang menyerang sayangnya dalam hati.lalu rasa sayangnya entah.terbang dipuput angin.dilibas taufan.

terus melangkah meninggal sayangnya yang dahulu di satu sudut ruang kosong .


notakaki : harakat alam kata budak-budak bijak bercinta.awal-awal.memang gila bercinta.hahahaha

3.4.10

Matahari hari- hari aku.


Kamu pernah kata dulu, dengan nafas yang turun naik dalam bilik yang kamu sangat- sangat benci, kamu tidak sukakan hujan.

"Sayang, kamu tinggal dalam bilik ini keseorangan. Kamu harapkan siapa- siapa sahaja yang datang melawat, bawakan kamu sejambak ros, dan ceritakan kamu apa- apa cerita yang boleh buat kamu tersenyum sendiri."

Hujan di luar merintik. Melaju. Melebat.

"Kamu patut tahu sayang, apakah rasanya ditinggalkan dalam dunia keseorangan, dan ianya sentiasa hujan."

Sebab itu sayang, setiap kali langit akan hujan, aku akan laju menuju kamu. Aku tinggalkan segala- galanya, untuk temankan kamu.

*****

Hujan masih menitik lebat di luar tingkap. Di luar sejuk. Katak pun bersunyi- sunyi di celah- celah batu. Tetapi di dalam bilik yang kamu benci ini panas. Seperti kamu masih ada lagi di atas katil itu, sedang membaca Coelho. Seperti masa dahulu, bila aku akan menjenguk kamu dari luar bilik, dan kamu akan tersenyum seperti budak kecil. Senyuman itu. Ahh sial. Senyuman comel itu sangat aku rindu.

Kamu tahu? Setiap perbualan kita, kamu tak pernah habiskan dengan ucapan selamat malam. Setiap kali kita berbual tentang apa sahaja, kamu akan tertidur tanpa sedar.

Dan kamu tak akan pernah tahu, setiap kali kamu tertidur seperti itu, aku akan cium dahi kamu dan bisikkan selamat malam di telinga nipis kamu. Dan aku berjanji pada kamu esok pasti aku akan datang lagi.

*****

Sayang aku. Adakah di syurga sana juga hujan? Maafkan aku, aku tak dapat temankan kamu sekarang. Tetapi sayang, tunggu aku.

Aku sudah berjanji pada hari terakhir kamu dengan aku di sini, aku akan temankan kamu setiap kali hujan.

Aku pasti akan datang.

20.3.10

andai

andai nya.
ada takdir di sana.
hidup tetap bersama.
mati.
mungkin juga bersama.

atau.
bila mati.
kau ke syurga.
dia ke neraka.