Sekali tu, aku dalam perjalanan pulang ke rumah dan aku terhenti di hadapan tiga tong sampah resaikel yang berwarna-warni.
Aku tak dapat ingat warnanya tapi aku pasti ada tiga tong di situ.
Satu minit dan kemudiannya dua minit berlalu, aku hanya pegun di situ. Berdiri di hadapan mereka dengan riak wajah yang mengharapkan sesuatu.
Tiba-tiba, oh maaf, bukan tiba-tiba. Aku tak mahu cerita aku menjadi terlalu klise dengan perkataan tiba-tiba.
Sebenarnya secara sengaja, aku menjerit pada ketiga-tiga tong sampah resaikel itu. Aku mengeluarkan kata-kata kesat pada tong-tong tersebut. Aku tendang mereka kuat-kuat, ktang-ktang-ktang, satu tendangan buat satu tong.
Aku menunggu tindak balas daripada mereka. Aku menunggu dan menunggu.
Matahari mula bergerak ke barat. Awan mula berarak meninggalkan kepala. Bangla sapu sampah pun sudah beberapa kali ulang-alik di situ. Aku mengeluh panjang.
Sudah dua jam aku berdiri di situ.
"Bodoh!!", aku maki tong sampah bertiga tu.
Aku berasa mellow. Malangnya aku, tong sampah resaikel pun tak pedulikan aku. Malang kan?
Dem aku kata pada mereka. Dan selepas itu aku berlalu pergi. Aku menapak sambil mengira langkahku. Satu-dua-tiga, aku membilang kuat-kuat dengan harapan tong sampah resaikel itu dengar suaraku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan