23.3.09

Hadiah untuk John

John duduk mengelamun jauh dekat pintu rumah. fikir semula, sudah lama, memang sudah lama. Rumah ini, dan teman wanita John.

sepuluh tahun John, Fikri dan aku sewa rumah ini. entah berapa kali rumah ini kena pecah pun, aku malas nak ingat. Diorang pun pasti menyesal. Setakat masuk bersusah payah dan keluar kecewa, tangan kosong. Cuma ada tiga tilam buruk, satu tv Sony pusaka bapak John, seketul cerek karat dan perabut kutip di jualan lelong.

Rumah bujang lah katakan.

John meningkat 32 minggu depan, kahwin pun tidak lagi, padahal rumah ini dilanyaknya macam rumah pelacur. Malam Jumaat aku dengan Fikri wajib keluar uptown, lari sebab John dengan teman wanitanya nak bersenggama sampai letih.

Jujur aku cakap, aku malu, bengang, marah macam sial dekat John. John bukan asal namanya John. nama yang mak dia bagi dalam I/C tertulis Ikram Jazali bin Ahmad. Wow. Islamik.

Masa John umur 26 tahun, dia ikut Damien pergi konsert Muse dekat Bukit Jalil. John jadi obses dengan Matthew Bellamy. John mula baca hal New World Order. Obses dengan falsafah melodramatik Nietzsche. Mabuk dengan Catcher in the Rye, walaupun dah 26 tahun. Makan Maggie kari lima bulan untuk lunch dan makan malam, simpan duit nak beli gitar Manson macam Matthew Bellamy. Haram, tak reti main jugak. Bodoh.

John jadi ateis. Aku dengan Fikri belasah Damien separuh mati. Tapi esoknya belanja dia minum kat mamak tanda maaf. Ceh kami orang baik. Damien tak salah, John salah. Pilihan dia, dia yang pilih. Obses dengan Muse sangat. Bodoh. Aku pun dengar Muse jugaklah! Tak murtad pun.

Bukan aku tak nak nasihat John, tapi aku pun selalu tinggal sembahyang. Alasan kerja sebagai promoter dekat KL Metropolitan ini penat konon, sebenarnya malas. Balik, penat, tidur. Aku tak layak nak tegur orang.

Hadiah hari jadi John ke 32. Aku dengan Fikri nak halau dia dari rumah busuk buruk ini. Rumah yang dia maki masa mabuk ini. Aku dah nekad. Muktamad.

Selamat Hari Jadi John. Selamat tinggal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan