10.3.09

menjelajah, mari.

malam hening untuk warga rimba sekalian nusantara. tapi malam ini dipekakkan oleh suara unggas Si Murai Fitnah.

"Murai datang bawa cerita baru"
"Katanya si Arnab Putih makan rasuah lompat sempadan"
"erm?"

lompat sempadan adalah tabu bagi sekalian warga rimba Malasinga. Bahaya, kata mereka. setiap sempadan adalah mengikut penjara pandangan masing - masing. Arnab Putih dalam sempadan Rabb. dan Arnab Putih sekarang dalam sempadan Monarki Tedung.

semua maklum Tedung Bercabang sial memang bercabang. Tipu Kancil Buaya itu cicak. Balut Singa Muda buang Menteri Beruang sempadan Banjar. Angkuh lawan bahasa Rimba, ganti dengan bahasa Anjing David. Megah, antarabangsa sahutnya. Baru setanding dengan Anjing David yang minum tapai itu.

maka dibawa Arnab Putih pergi ke Istana Pengadilan. masuk kandang tertuduh. mengadap Mulia Hakim Enggang. berbaris juri rimba.

diputuskan Arnab Putih salah. pandangan Arnab Putih masa di sempadan Rabb tak konvensional. tak liberal, tak sesuai dengan zaman. masuk sempadan Tedung, Tedung tak berkenan, kolot katanya. pandangan Arnab Putih tak sesuai dengan ideologi pandangan mereka.

dan difitnahnya Arnab Putih lompat sempadan sebab makan rasuah.

(Tedung takkan percaya sesiapa, dia ikut kepala leper dia sahaja)

fitnah itu, fitnah ini, juri semua makan fitnah. kurang setengah malam, Arnab Putih diputuskan masuk Intergrated Zoo Alignment. IZA.

"pergi latih semula patriotik kamu. usah ditentang lagi Sang Singa Agung. atau mana mana Singa."

polisi hidup di Malasinga, makan budi Singa Mulia yang duduk, pegang, kuasai, perintah tanah Malasinga. Derhaka, cirit birit! atau diratah Polis Musang Gemok.

jangan melawan. tulah.

1 ulasan:

  1. ha!malangnya watak Tok Kura tiada.apa-apa pun.ada isu tentang kepincangan.hidup sekitar atau jiwa kamu wahai frehan?hohoho

    BalasPadam