Ya, obses, sangat obses. Aku mula berjinak dengan arak. Aku tahu berdosa besar, tapi aku bukannya berseorangan dalam neraka kelak. Kamu, kamu dan kamu, ya kamu, akan aku seret semuanya. Yang wajib tentunya para penguasa, berjaga semua, kamu yang izinkan arak masuk ke ‘negara Islam’ ini. Jangan ingat kamu dah letak jawatan, aku akan lepaskan kamu ya. Kamu ada sahamnya, nanti tuntut saja di hari perhitungan, saat itu, kelak kamu akan dapat segala hak kamu, ganjaran mahupun hukuman.
Dan aku juga akan seret kamu semua kerana menfitnah aku. Dan aku akan seret kamu semua kerana kamu semua orang Islam. Dan aku akan seret kamu semua kerana kamu semua hidup dalam komuniti korupsi. Dan aku akan seret kamu semua kerana kamu suka bersangka buruk. Dan aku akan seret kamu semua kerana semuanya, ya semuanya.
Setelah dikerat-kerat dengan pisau swiss army milik seorang ‘kawan’ aku, aku dapat rasakan beban dosa aku berkurang sedikit, mungkin perasaan aku saja, tapi yang tentunya dosa aku tidak boleh bertambah lagi. Di situ penamat bukuku.
Mereka, bagi menghapuskan bukti, telah membuka sebuah gerai menjual lauk murah. Semuanya beraroma mengecurkan, berintikan cebisan daging manusia. Imaginatif sekali mereka, menjual aku. Ya, tidak ku sangka, lelaki juga boleh dijual.
Mereka juga akan ku seret di hari perhitungan. Buat pengetahuan semua aku belum murtad. Ya, aku belum. Aku tahu orang murtad perlu dihukum mati. Aku kan takutkan kematian, mana mungkin aku murtad!
Trust no one, including you, yourself. Manusia itu khilaf, semuanya tidak akan berkata benar, termasuk kamu. Kamu manusia kan?
Ibu, kenapa ibu tinggalkan Ikram di saat Ikram masih di dalam perutmu, ibu? Bawa Ikram, jauh, bawa Ikram jauh, bawa Ikram jauh, ibu.
Yang betul kamu punya,
Yours truly,
Ikram Jazali @ John Libera
Pos-skrip : Disclaimer - Anda tidak digalakkan mempercayai tulisan ini kerana sebelum ini anda telah diingatkan bahawa John belajar Sains Psikologi dulu, jadi, John dapat cipta ayat mahal, yang ada intro, yang catchy, yang ada klimaks, ada bridge, dan ada outro mellow. Macam Sing for Absolution. (Boleh ulangkaji di sini, sini dan sini)
maaf.
BalasPadamaku rasa.
aku jarang menulis.
kerna aku susah menulis genre seperti kalian di sini.
maaf yah.